Friday, March 5, 2010

AKU NAK TULIS!!

Friday, March 5, 2010 |
wAHHHhh!

Sudah ada semangat..

Cam awexx tu cakap aritu ,

Jika ingin menjadi penulis, mulalah menulis apa saja, setiap hari. Hingga fikiran, hati dan tangan terbiasa berlatih dalam ritme yang sama. Langkah seterusnya, membaca, membaca dan membaca ... ( Insyallah )

Aku pun cakap, " InsyAllah..." ngee~

CETUSAN IDEA
Ramai jerk sebenarnya berbakat dalam menulis ni. Kalau sempat dan mampu kita selusuri blog-blog sahabat/h, rakan-rakan, teman-teman kita, kita akan perasan bahawa depa ni sangat2 berbakat dalam bidang penulisan ini. Sampai tak larat eden nak baca semua isi blog tu.. Tu yang eden maksudkan dulu berkenaan penulisan blog ni.

Cuma problem nya dekat sini , adalah ketibaan idea/ilham yang mantap, ditambah komitmen yang 100% untuk fokus semasa menulis tu, serta ke arah mana penulisan kita disalurkan.. Yelaa, dah penat-penat tulis, kita kena submit dekat somewhere ler kan.. Tetapi bila hantar, kena reject! kecik ati tau! camner tu kak ..??

Dari apa yang dapat ana simpulkan, antum semua ada bakat. Moga tidak dipersiakan! Namun perlu diingatkan, dengan adanya bakat itu, bangkitkanlah bersama kemahuan dan keinginan untuk menulis sesuatu buat perkongsian sekalian insan. Moga usaha dakwah yang sedikit kita melalui penulisan memberi kesan yang sangat kepada yang menelaahnya. Selain yang utamanya didambakan redha dan keberkatan Allah Subhanahu Wa Ta`ala, bi iznillah..
hoho~


MY TARGET
Berbalik kepada diri aku, aku rasa aku akan ada suatu target dalam cabang-cabang bidang penulisan ni.. Satu target udah ler.. Banyak kerja lain aku kena buat jugak ini..

Tapi sebelum tu, aku kena kenal jiwa aku dulu.. Nak suruh tulis cerpen ke novel tu, berpeluh eden ! Nak suruh tulis puisi, tu sekolah rendah aku dah buat. Aku dulu cukup gemar bab-bab ngarang puisi ni, memang jiwang abis laa..

Tapi tu sekolah rendah laaa. Mai sekolah menengah, dah malas. Masa aku sekolah menengah, ada classmate aku sorang tu cukup suka karang cerpen. Ada laa beberapa masuk suratkhabar.. Nama dia Hafizul. Ntah.. Hafizul apantah.. Dengar kata dia masuk UTP. Nak habis dah pun. Rasanya jadi engineer.. Baru-baru ni pun ku ada baca cerpen dia dlm Berita Hairan.. bagus2 haHA

Eh, terlajak lak.. Aku ingat nak tulis artikel jer laa.. Especially bab ku cukup minat tu walaupun tak score iaitu engineering.. Banyak tau benda kalau nak dicerita bab engineering nie.. course aku dulu mechanical pun, bercabang-cabang. Lepas tu bila ku masuk site project kat Langkawi, aku minat gak tentang civil engineering nie.. And electrical engineering lak, bila aku buat kerja sendiri (aircond & wiring) , sedikit sebanyak aku kena tahu juga sekurang-kurangnya baca diagram and drawing.. fuhh penat-penat engineering nih!

Banyak jer sumber yang kalau aku nk study sendiri boleh dapat dari internet ni.. Itu laa dunia tanpa sempadan.. Sampai orang kata la ni kalau setakat ada komputer tapi tak ada connection internet macam jasad tanpa roh ! betol ka...?? cam iya gak kan ? haHA

And 2nd target aku, sambil-sambil create article bab engineering + science & technology nie, aku pikir nak juga buat kerja Islam jugak... Ingat aku ni sekular & jahat sangat kaa?? Pikir-pikir ada beberapa benda yang aku boleh buat melalui penulisan nie.. Bab tu nanti-nanti laa cerita.. Nanti tak sempat buat yang artikel tu, kalau nak buat yang lagi satu lak.. Jangan kalut-kalut, jangan tangguh-tangguh haHA


PERINGATAN
Tetapi sebelum tu, suka untuk aku ingatkan bahawa setiap benda yang kita buat, ada etikanya. Bukan sekadar syok sendiri, tapi harus diselangi dengan kesedaran dan keinsafan bahawa setiap satu yang kita tuturkan, zahirkan, atau lahirkan serta yang terlintas di hati dan nawaitu kita sebenarnya akan dihisab di Hari Akhirat nanti. Ingat tu..!

 يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن جَاءكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَأٍ فَتَبَيَّنُوا أَن تُصِيبُوا قَوْماً بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَى مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ 

Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. ( Al-Hujurat : 6 )





Related Posts




Tentang-Aku

My photo
kata salah ! tak kata salah ! dunia-oh-dunia !

MyPersonality

Click to view my Personality Profile page

Arkib

 
Copyright © dunia-oh-dunia ! | Powered by Blogger | Template by Blog Go Blog