Friday, January 1, 2010

dunia blog (?)

Friday, January 1, 2010 |

Blog. Satu medium alternatif berhubung dengan dunia luar hari ini. Kalau sepuluh tahun dulu, kita baru nak bertatih guna internet, 5 tahun dulu kita baru diperkenal dengan Friendster, dan kini kita 'dihambat' dengan blog ; juga Facebook ( Bayangkan aku pernah terdengar perbualan dalam kumpulan golongan veteran di kedai map-le pasai Facebook ! Aku pun tak minat sangat Fb nie, advance gila org tua nie! )


KELEBIHAN BLOG

Dengan blog, kita tak perlu nak ambil masa yang lama untuk menzahirkan isi hati kita untuk explore dunia luar. Contoh mudah, aku sudah 2 hari tak keluar bilik kecuali gi toilet. Sebab baru aku sedar, dengan ada connection internet nie, berbekalkan air mineral dan roti gardenia, aku dah mampu bertahan di hadapan laptop, macam-macam ilmu & pengetahuan diperoleh secara tak langsung ; cuma kita antara mau dengan tak saja.

Macam disebut tadi, kita tak perlu terlalu formal untuk  explore dunia luar. Tak perlu kamus, tak perlu pensel, tak perlu pen mahupun alat-alat tulis ( macam nak ke sekolah tu ) . Cukup dengan connection internet dan sebiji laptop biarpun cabuk ( cam aku - janji boleh guna jer laa...)


 KOMITMEN

Apabila disebut seorang lelaki, sebenarnya di sampingnya ada bermacam-macam komitmen ( baca : com‧mit‧ment ).

Walaupun belum berkahwin, dia akan ada komitmen / tanggungjawab dengan famili; jika yang beristeri, jua dengan anak-anak ; di samping kerjaya, jiran tetangga dll.

Tapi ada ka komitmen untuk ber-blog ? heHE Confuse juga kan ? Tapi sebagaimana kita meletakkan priority kita dengan keluarga, jiran tetangga, juga Allah dan Rasul, seharusnya sebegitu juga kita meletakkan priority untuk ber-blog ini. Setuju ? Tak setuju ?


MASALAH



Itulah yang agak 'menghantui' aku.

Suka tengok blog orang; rasa macam senang aja hendak buat .

" Orang lain boleh buat, takkan aku tak boleh ... ? "

Tapi realitinya, ada beberapa perkara yang 'agak' menghalang aku untuk konsisten dalam ber-blog ini. Antaranya idea.

Memang senang hendak build-up blog, tapi untuk mengisinya. Especially apabila aku ni dalam kategori yang suka complaint saja ! ( Paham-paham jer laaa - laser bang...)


SOLUSI

Di sini sebenarnya penting untuk kita mengisi masa kita dengan membaca. So, ada kebaikan juga sebenarnya blog ini kan ? Siapa kata buang masa kan ? ^_^

Tapi permasalahan di sini adalah dari segi masa pula . Aku bukanlah jenis yang semata-mata dapat fokus akan sesuatu hal. (Kalau tak, lama dah aku jadi engineer) 

Banyak benda sebenarnya hendak ku fikir.

Tapi untuk kesejahteraan aku di masa depan, sekarang ini aku cuba praktik satu,dua benda; bahawa untuk ligan semua memang tak dapat, so tak dapat semua, jangan tinggal semua. Betul tak ?

Akan ku cuba untuk buat satu-satu.. Biar jadi tok kura, tua-tua berisi kan ?

Oh ya, apa hendak ku isi dalam blog ini aa ?

Wait & see  laaa!

Azam tahun baru ne !


PENUTUP


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن جَاءكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَأٍ فَتَبَيَّنُوا أَن تُصِيبُوا قَوْماً بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَى مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ 

Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. ( Al-Hujurat : 6 ) 

Suka untuk aku mengingatkan diri aku dan pembaca sekalian dengan peringatan Allah sepertimana di dalam Al-Quran ini. Moga-moga ia menjadi panduan buat kita dalam menilai sesuatu perkara di zaman yang serba tidak adil (baca : zalim ) ini. Moga-moga ada manfaatnya.


Related Posts




Tentang-Aku

My photo
kata salah ! tak kata salah ! dunia-oh-dunia !

MyPersonality

Click to view my Personality Profile page

Arkib

 
Copyright © dunia-oh-dunia ! | Powered by Blogger | Template by Blog Go Blog