Showing posts with label Politik. Show all posts
Showing posts with label Politik. Show all posts

Thursday, December 15, 2011

Perlembagaan Malaysia Menjamin Maqasid Syariah?

Thursday, December 15, 2011 |
Oleh: Zakaria Ismail

Bagaimana PM Malaysia boleh mengatakan bahawa perlembagaan sekarang sudah menjamin maqasid syariah? Perlaksanaan Hudud di Malaysia pula dikatakan tidak bertepatan dengan Maqasid syariah.

Maqasid syariah ada lima; menjaga AGAMA, NYAWA, AQAL, NASAB KETURUNAN DAN HARTA. Mari kita lihat sama ada benar-benar Perlembagaan Malaysia sudah menjamin kelima-limanya;

1. Menjaga Agama – jumlah murtad sampai beratus ribu mengikut SS Mufti Perak. Bukan setakat masuk kristian dan jadi free thinker, masuk hindu pun ada.. itu tak termasuk lagi orang yang tolak dan mempersendakan hudud dan ragu-ragu dengan keadilan undang-undang Allah. Sebelum merdeka pun tak adalah parah seperti ini!

2. Menjaga Nyawa – Nyawa Sarbaini hilang tak ada salah siapa-siapa… Sudahlah macam-macam jenis pembunuhan berlaku dalam negara kita. Ada bunuh dengan dibakar, bunuh dengan bom C4, bunuh anak dalam lubang tandas, bunuh dengan mengerat badan sampai berbelas-belas bahagian, bunuh ramai-ramai ala mafia dalam ladang.

3. Menjaga Aqal – Malaysia adalah negara pengguna alkohol yang ke sepuluh paling ramai di dunia mengikut statistik WHO dan negara kita adalah pengeluar arak untuk pasaran dalam dan luar negara. Terengganu pula merekodkan jumlah penagih dadah yang tinggi sepanjang tujuh bulan pertama tahun ini iaitu sebanyak 1,584 penagih berbanding hanya 108 bagi tempoh yang sama tahun lalu iaitu meningkat kepada 1,366.67 peratus!

4. Menjaga nasab keturunan – Statistik Jabatan Pendaftaran Negara samapai 230 ribu anak luar nikah yang berdaftar tanpa bapa yang sah… Yang tak berdaftar atau daftar secara ‘mengelat’ entah berapa pula!

5. Menjaga Harta – Harta ada milik individu dan ada milik negara. Harta milik individu yang banyak hilang boleh diukur dengan kes pecah rumah yang berleluasa setiap hari, jumlah motosikal yang hilang apabila ditinggalkan sekejap saja dan bilangan ibu kunci sesebuah rumah biasa yang sampai mencecah 20 biji! Harta negara hilang diukur dengan rompakan berbillion royalti negeri Terengganu secara terang, skandal PKFZ yang berbilion, maggi berharga RM20 setiap satu dan Stadium runtuh yang sangat memalukan.

Setengah ulama’ menambah yang ke enam
6. Menjaga Maruah – Maruah DS Anwar Ibrahim diaibkan sedahsyat-sedahsyatnya selama 14 tahun di media perdana. Papagomo siap boleh tayangkan video tuduhan zina di laman web. Tak cukup tuduhan liwat, tambah tuduhan zina pula. Ada sesiapa kisah… Lepas ini entah maruah siapa pula akan terlondeh!

Betul ke dengan tidak melaksanakan hudud bermakna kita sebenarnya menjaga maqasid syariah?! Atau ia secara terang dan nyata menggunakan istilah agama untuk menidakkan syariah?!

*Penulis ialah Setiausaha Dewan Pemuda Kawasan Marang, penulis tamu di blog PemudaGombak.com

read more

Sunday, December 4, 2011

Anwar & sikap 'responsible'

Sunday, December 4, 2011 |
Pada awal 1981 Anwar Ibrahim menggemparkan negara. Pemimpin belia yang dilihat paling dinamik dan berbakat mencorakkan lanskap politik Malaysia mengumumkan dirinya menyertai Umno.

Perisytiharan itu dibuat oleh Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad , Perdana Menteri keempat Malaysia yang baru sahaja menaiki takhta beberapa bulan sebelumnya.

Negara terkesima. Takjub. Bagaimana Anwar yang belum lagi sempat melangsaikan perjuangan memimpin lebih 60 persatuan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ketika itu menentang pindaan Akta Pertubuhan yang dilihat mengongkong kebebasan berpersatuan boleh memilih menyertai parti kerajaan?

Maka pada sidang akhbar di Jabatan Perdana Menteri itu, wartawan tempatan dan antarabangsa bingkas bertanyakan prinsip perjuangan Anwar. Apakah sikapnya terhadap peraturan dan pelbagai akta yang mencengkam kebebasan dan hak rakyat seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) telah berubah?

Anwar menjawab ringkas tetapi tegas dan jelas : “Dulu kerajaan tidak mahu mendengar suara rakyat. Sebab itu, saya tentang. Tapi sekarang kerajaan (Dr Mahathir) lebih responsif terhadap tuntutan kita, maka kita harus bersikap lebih bertanggungjawab (responsible)”.


read more

Sunday, October 17, 2010

UMNO, PAS & MENTERI BESAR KEDAH

Sunday, October 17, 2010 |
 SUMBER : Nobisha


Sejak PRU12, politik Kedah nampak sejuk. Saya tak kata sejuk, saya kata nampak sejuk. Sekurang-kurangnya itu yang orang nampak. Betul sejuk atau tidak, kena tanya orang politik Kedah.

Sebelum ini, sudah dengar khabar bahawa Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Azizan Abd Razak disukai oleh rakyat dan orang UMNO di negeri itu. Apakah sebabnya, saya tak pasti. Namun, tak ramai orang Kedah yang bercakap buruk mengenai beliau.

Bagaimanapun, desas-desus yang sampai ke telinga saya mengatakan beliau tidak disukai oleh sesetengah orang PAS. Akhirnya desas-desus itu terbukti apabila kepimpinan PAS Pendang meletakkan jawatan. Beberapa hari kemudian, bekas-bekas pemimpin Pemuda PAS membuat demonstrasi memprotes kenaikan tarif air di negeri itu. Saya menonton YouTube, melihat bagaimana mereka “berebut” mikrofon untuk bercakap!

Sebelum ini, seorang bekas wakil rakyat PAS menceritakan kepada saya betapa orang PAS melihat pendekatan Azizan tidak cukup Islamik; berbanding Dato’ Nik Aziz Nik Mat.

Kata bekas wakil rakyat ini, ada orang PAS mencadangkan supaya Azizan tidak membenarkan bazar Ramadhan dibuka sebelum jam 3 petang. Katanya, Azizan menjawab, “Hampa dok kira bazar Ramadhan, nu yang tak posa langsung macam mana?”

Orang PAS yang selama ini suka retorik perjuangan dan perlambangan Islam tidak dapat menerima cara Azizan. Selama ini pun, kebanyakan protes PAS kepada kerajaan Barisan Nasional adalah dalam isu-isu sebegini. Maka, apabila Azizan tidak mahu menuruti politik retorik dan perlambangan ini, maka mereka memprotes.

Bagi sesetengah orang PAS, mereka tidak dapat melihat usaha Azizan membina pentadbiran kerajaan yang bersih, cekap dan amanah. Mereka juga gagal melihat bagaimana Azizan cuba untuk mengambil pendekatan politik muafakat dan memastikan semua orang berasa selesa berada di bawah pentadbiran beliau.

Pendekatan Azizan juga digambarkan oleh sikap Tuanku Sultan Kedah. Sewaktu Hari Keputeraan Tuanku Sultan Kedah pada tahun lepas, baginda menganugerahkan bintang kebesaran dan pingat kepada kedua-dua belah pagar politik. Pemimpin UMNO dan PAS Kedah menerima anugerah-anugerah tersebut. Hubungan di antara Tuanku Sultan Kedah dan Menteri Besar cukup rapat.

Beberapa orang pemimpin PAS Kedah yang saya temui bersetuju dengan pemerhatian ini. Kata mereka, sesetengah orang PAS ingin mengambil pendekatan populis. Ada yang mencadangkan agar Azizan menutup sebuah atau dua buah kedai nombor ekor atau kedai arak untuk melonjakkan namanya di mata sesetengah penyokong PAS. Namun, Azizan tidak berbuat begitu.

Seorang pemimpin PAS Kedah menyebut bagaimana sekiranya diberi pilihan, seorang penceramah popular PAS (saya tak mahu menyebutkan nama) akan memilih Lim Guan Eng; dan bukannya Azizan sebagai Menteri Besar. Analogi ini mungkin agak keterlaluan; namun saya fikir itu menggambarkan sikap sesetengah orang PAS terhadap beliau.

Pendekatan Azizan yang mengamalkan politik muafakat ini menyukarkan UMNO di negeri itu. Sebaik saja Azizan mengambilalih jawatan Menteri Besar Kedah, banyak dewan-dewan orang ramai dicatkan “Dewan UMNO.”

Sebabnya mudah, selama ini Ketua UMNO Cawangan yang juga Pengerusi JKKK memegang kunci dewan tersebut. Mungkin kerana tidak mahu memberikan balik dewan itu kepada kerajaan negeri, maka adalah Hamba Allah yang mengarahkan untuk berbuat demikian.

Azizan buat tak kisah saja. Siapa nak pegang kunci “Dewan UMNO”, peganglah. Dia nak fokus kepada agenda yang lebih besar. Beberapa minggu lalu, saya bertemu dengan salah seorang pemegang kunci “Dewan UMNO” ini, dan bertanya soalan, “Siapakah kita nak ganti sebagai Menteri Besar Kedah selepas pilihanraya umum nanti?”

Dengan cepat dia menjawab, “Hawat, Ustaz Azizan ada masalah ker?”

Saya hanya diam apabila mendengar soalan itu dikemukakan oleh Ketua UMNO Cawangan. Saya tak tahu nak respon macam mana, tetapi saya cukup faham apakah yang dimaksudkannya.

Saya tak pasti berapa lamakah Azizan akan dapat bertahan. Bagaimanapun, sekiranya Azizan jatuh, ia bukan dijatuhkan oleh orang UMNO, tetapi oleh penyokong PAS sendiri!

read more

Saturday, September 18, 2010

YANG LAMA JANGAN DILUPA, YANG BARU JANGAN SOMBONG.

Saturday, September 18, 2010 |


PAS KEDAH - DARI PEMBANGKANG KEPADA KERAJAAN

(LIKU DAN PAYA SEDANG DILALUI)

Rencana oleh :- IBN ABDULLAH AL AWAB
7 Syawal 1431 - Khamis - 16 September 2010


Sebagai pembuka kata rencana ini, saya pungut muat kata ucap Almarhum Ustaz Fadzil Muhammad Noor, dalam Ucapan Dasar Muktamar PAS ke 38 di Balai Islam, Kota Bharu, Kelantan, setelah 3 tahun PAS menawan Kelantan diatas nama Angkatan Perpaduan Umah PAS dengan Parti Semangat Melayu 46 pimpinan YBM TS Tengku Razaleigh Hamzah . Muka Surat 29 di para dua iaitu;-

Dalam sepanjang sejarahnya, PAS tidak sekadar mengenakan tindikan displin terhadap ahli-ahi biasa, Pernah displin dikenakan kepada mereka yang pernah menjadi Yang Dipertua, Timbalan Yang Dipertua, Setiausaha Agung, malah yang jadi Menteri Besar pernah dihadapkan kepada Jawatankuasa Disiplin. Mereka yang istiqamah dengan perjuangan tidak memandang tindakan itu sebagai anti ahli tetapi menerimanya dengan semangat jemaah. Mereka yang tidak puas hati dengan tindakan itu sentiasa diberi peluang merayu dan setiap rayuan diberi pertimbangan”.


Menjejak PAS Kedah

Seorang ulama yang aktif dalam Umno kerana memperjuangkan kemerdekaan tanah air ketika itu termasuklah melibatkan diri, adalah seorang pemuda waja anak kelahiran Kedah, Pak Ya Junid sinonimnya TG Haji Yahya bin Junid. Pak Ya telah aktif dalam gerakan menentang penjajah British, kemudian beliau mengasaskan Persatuan Ulama Kedah pada 1946 bersama dengan Haji Abdullah Abbas Nasution Jitra. Diwaktu yang sama Pak Ya turut menyertai Kesatuan Melayu Kedah (KMK) dan beberapa kali mewakili persatuan ini ke Kongres Kebangsaan Melayu yang akhirnya membawa kepada penubuhan Umno pada 11 Mei 1946.

Bilamana KMK menyertai Umno, maka Pak Ya turut menjadi ahli Umno yang aktif semasa itu, sama seperti saya kata manis bersekali didalam gula, wanginya didalam atar. Sebaik sahaja tertubuhnya PAS maka beliau menganggotai PAS diperingkat awalnya sampai akhir hayat usianya. Pak Ya belajar di Pondok Chegar, Gajah Mati dan berguru dengan TG Ahmad Rabat pada 1924. Beliau kemudian belajar dibeberapa pondok seperti Pondok Tandop (TG Abdul Ghani Awang), Pondok Titi Gajah (TG Haji Endut) dan akhirnya ke Pondok Khairiyah, Pokok Sena, Seberang Perai. Di pondok ini, beliau mendapat sentuhan dari TG Haji Tuan Hussein Kedah, ulamak Banjar yang terkenal itu.

Tahun 1931 Pak Ya berhijrah ke Kelantan untuk berguru dengan Tok Kenali selama 2 tahun di Pondok Masjid Muhammadi. Antara guru beliau di sini ialah TG Saad Kangkong, TG Ali Pulau Pisang dan TG Yaakub Legor. Selepas kematian Tok Kenali pada 1933, beliau belajar di Madrasah Ahmadiah Pondok Bunut Payung dan sempat berguru dengan TG Abdullah Tahir dan TG Mokhtar Ahmad. Selain pondok di Bunut Payung, Pak Ya juga mengambil kesempatan untuk bermulazamah dengan ulama besar seperti Mufti Dato’ Ahmad Maher, Mufti Dato’ Sheikh Mohd Nor Ibrahim dan TG Yaakub Gajah Mati.

Sebaik TG Haji Ahmad Fuad Hassan mengetuai Bahagian Agama Umno pada 1950, satu Persidangan Ulama Se Malaya diadakan di Muar Johor. Diikuti oleh persidangan kedua diadakan di Kuala Lumpur pada 23 Ogos 1951. Ketika PAS hendak ditubuhkan secara rasmi pada 24 November 1951 di Bagan Dalam Butterworth di Kelab Melayu Bagan. Beliau merupakan ahli PAS di generasi terawal dengan memegang bilangan ahli PAS No 12. Dalam perjumpaan tersebut TG Yahya bin Junid dilantik menjawat Ahli Jawatankuasa Agung PAS sehingga 1960-an. Dalam masa yang sama beliau turut memegang jawatan penting dalam Dewan Ulama PAS Pusat.

TG Haji Yahya bin Junid adalah tokoh yang paling lama memegang jawatan Ketua Dewan Ulama’ PAS Kedah iaitu tempoh 20 tahun sehingga 1995. Jawatan tertinggi yang dipegang oleh TG Haji Yahya bin Junid dalam PAS adalah Ahli Majlis Syura Ulama PAS semenjak 1987. Di samping itu juga, Pak Ya pernah dua kali dipilih menjadi Adun Sala (1974 dan 1978). Lanie kawasan tersebut diwakili oleh Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Azizan Razak. Kerena ilmu yang tinggi dimiliki TG Haji Yahya bin Junid, maka beliau di lantik sebagai Ahli Mesyuarat Majlis Agama Islam Kedah, Ahli Majlis Fatwa Kedah dan AJK Zakat Kedah selama 40 tahun. Manakala khidmatnya dalam Majlis Fatwa berakhir pada 1985 setelah beliau berkeras dengan pendirian bahawa mangsa peristiwa Memali adalah syahid, sedangkan Majlis Fatwa yang dikuasai Umno berpandangan sebaliknya.

Ketika PAS sedang sibuk bersiap menyambut ulang tahun ke-50 pada 23 Ogos 2001, pengasas PAS Kedah ini telah dijemput oleh penciptNya kembali menemui Allah pada 6 Ogos 2001. Jenazahnya diimamkan oleh Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor. Beliau meninggalkan jasa yang besar kepada perjuangan Islam di negeri Kedah dan negara amnya termasuk di institusi pendidikan pondok dan sekolah arab, dengan melakar nama yang tersohor. Dengan jasa-jasanya kepada PAS yang tidak ada tolak banding itu, bersekali dengan menjadi tokoh Pendidik tulin sebagai guru diatas daya usaha mengasas dan mendirikan pondok dan berkembang pesat mengikut zaman dengan membina sekolah agama arab. Sekolah yang melahirkan puluhan ribu murid dan pelajar. Yang mereka keudiannya menjadi manusia dengan menjawat jawatan utama dalam negeri kedah dan negara. Murid-murid beliau itulah sedang terus mendoakan guru mereka TG Haji Yahya Jonid.

Kalau saya sampai hari ini tersentuh, pasti Almarhom TG Haji Yahya Jonid lagi tersentuh bersekali dengan warga Pondok Pak Ya yang lain, bila musibah kebakaran pondoknya yang berlaku pada dengan mengurbankan putra putri pelajar anak didiknya. Musibah yang cukup menyayat hati, dan sampai kini tidak dapat dilupakan. Walau pun begitu pengajian diteruskan sampai saat ini.

Disamping guru-guru pondak diatas yang turut serta melibatkan diri dalm PAS, selain dari itu diantara tokoh-tokoh lain seperti Almarhom Haji Abdullah Abbas Nasution, Almarhom Ustaz Azhari Abdul Razak, Almarhom Dato’ Abu Bakar Umar, Dato’ Sudin Wahab, Haji Ahmad Shukri, Ustaz Halim Arshad, Almarhom Ustaz Fadzil Noor, Ustaz Abu Kassim Lebai Abdullah, Almarhom Ustaz Mawardi Lebai Teh, Almarhom Cikgu Mustapha Long, Almarhom Ustaz Othman Marzuki, Aris Awang, Mohd Najib Fahmi dan ramai lagi pemimpin selepas mereka. Ramai dikalangan mereka sudah meninggal dunia (Al Fetaheh untuk mereka).

Allah mengangkat darjat orang-orang yang beriman di kalangan kamu dan orang-orang yang berilmu, iaitu beberapa derjat”. (Maksud Surah al-Mujadilah:11)

Atas maksud celik sejarah, mempelajari dari sejarah sekadar selayang pandang secara rambang, saya membicarakan PAS di Kedah masa awalnya dan penglibatan tokohnya yang sewajarnya dikenang. Hendaklah di ingati di sepanjang zaman dengan penuh hurmat dan menginsafi. Yakinlah! Merekalah yang memulakan perjuangan PAS ini, dengan meletak batu asas (PAS) membolehkan kita menerima dan mewarisi wadah perjuangan ini penuh yakin dan pasrah. Jangan pelekeh mereka, jangan menghina mereka, jangan meletak kesalahan kepada mereka, hatta usahlah melebel mereka seraya memperkecilkan pengurbanan usaha mereka terdahulu dengan lebel yang bukan-bukan tidak menyenangkan. Biri-biri yang mati tidak merasai sakit sekalipun telinganya disayat. Tetapi mata yang melihat merasai sakitnya hati kecil yang merintih. Perjuangan yang mereka mula, dengan kerengat dan air mata, dengan darah Syuhada Memali akhirnya kita panjat Wisma Darul Aman. Subhanallah.

Jadi, jangan belit dan balikkan sejarah, kerana mereka tidak mampu membuat pembelaan diatas penghinaan kita kepada mereka; kerana mereka dah mengadap Tuhan mereka Allah Azzajawalla. Marilah kita basahi dan sirami mereka dengan doa-doa sejahtera, dengan mengenangkan jasa-jasa mereka membangun dan menghidupkan PAS ini. Dahulu di saat orang menolak PAS, ketika mana orang mencerca mencebeh kepada PAS dan lawan kita meludah puui!!!!!. Ketika mana mereka menyeru ajak sokong masuk PAS. Merekalah dulu-dulu dihadapan mempertahankan PAS, dikala susah senang, dikala duka mereka, dengan rezeki yang dipekin. Sekupang ditangan, 5 duit ketabung PAS. Senaleh padi yang ada, setengah senaleh sedekah jariah mereka kepada PAS. Itulah sumber dana berkat PAS sampai subur kini. Diatas pengurbanan mereka itulah anda mewarisi PAS sekarang. Memastikan anda bersemadi di Wisma Darul Aman dan mampu berehat di Mentalon. Berfikirlah sejenak, bertafakut renung renunglah. Siapalah kita.

Allah bersaksi bahawa tiada tuhan (yang wajib disembah) melainkan Dia; sedangkan malaikat dan orang-orang berilmu tegak dengan adil (lurus); tiada tuhan melainkan Dia Yang Maha Gagah lagi Maha Perkasa”. (Maksud Surah Ali Imran: 18)

PAS Kedah yang majmuk ini, sesungguhnya dikalangan PAS yang kental gagah membela PAS macam Almarhom Pak Mat Jawa, Almarhom Syuhada’ Othman Talib. Mereka kaya perjuangan membujur lalu melintang patah menghadapi musuh PAS juga musuh mereka walaupun mereka miskin faqir ilmu. PAS Kedah juga sampai sekarang berganda memiliki pemimpin besar dari jenis kaya ilmu kaya harta. Terdapat yang kaya gedung kitab-kitab besar Arab, kitab Agama Muktabar. Tetapi dikalangan mereka tandus miskin faqir, kerdil disudut kental perjuangan seperti Ustaz Nakahei Ahmad dan ramai lagi. Tanpa malu segan silu ayam 2 ekor di lau, sekor itulah disembeleh digulai dijamukan kepada pemimpin mereka sayangi di rumah buruk layak dipanggil dangau. Kayuh gerek sebelah tangan pegang lampu gaselin berkayuh ke tempat ceramah 10 batu jauh di pelantar belakang muat pembesar suara. Tunggu kehadiran orang kampong untuk ceramah jual PAS dan perjuangannya. Insaf dan bayangkanlah!!!!

Dan yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”. (Maksud Surah al-Anfal: 63)

Semuanya masih terbayang dipelupuk mata ku, sampai saat ini air mata berderau mengenangkan PAS dulu dan kini serba canggih dan mewah. Mereka ada Mercedes dan macam-macam lagi, bermuktamar menginap dihotel 5 bintang. Pendapatan besar profesional. 40 - 45 tahun dulu, pekin simpan duit sebulan $2.00 cadang cukup untuk pi muktamar PAS di KL. Baju seluar pinjam. Beg pun pinjam. Ikut dan tumpang lori ikan, lori surat khabar dan lori barang. Kebanyakkan pemandunya keturunan Cina. Suasana dulu mereka dengan mudah kira bicara membenarkan menumpang. Sampai saat ini ku terkenang diakhir tahun 70han. Betapa baik hatinya pemandu lori dulu.

Jadi, wahai pemimpin PAS di Kota Sarang Semut, wahai pemimpin PAS di Wisma Darul Aman. Kenangkanlah mereka-mereka terdahulu yang telah dahulu pergi mengadap Allah dulu dari kita. Tetapi sesetengah dikalangan mereka, masih mempunyai waris-waris yang hampir. Wahai pemimpin PAS di Wisma Darul Aman, jejaklah anak-anak mereka, cucu-cucu maupun cicit mereka. Salahkah? Rugikah? Kurangkah kedudukan kita? Layangkanlah ingatan penghurmatan dengan secepis sekeping tinta pahatan jasa perjuangan mereka dimajlis besar mengenangkan jasa budi mereka di Seri Mentalon. Sebelum fajar dan anak bulan PRU13 kelihatan, lakukanlah sesuatu kerana disana ianya memiliki banyak hikmah yang besar dan maanfat pulangan kepada kita juga. Anak cucu cicit mereka berkembang biak lebih ramai dari mereka bapa atau datuk mereka dahulu. Kembalikanlah anak cucu cicit kepangkuan PAS dengan penuh kasih sayang. Jamulah mereka walau setegup air sekeping roti kapai sebiji meskut, tanda kita ingat jasa ayah tokwan nenek mereka. Realisasi dan lunasilah!!!!!!!!!!!

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianti Allah dan Rasul (Muhammad) dan (juga) janganlah kamu mengkhianati amanat-amanat yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui”. (Maksud Surah Al-Anfal: 27)

Apalah erti dan maknanya kita membuat jamuan besar, sekiranya disaat yang sama kita melupai anak cucu pejuang-pejuang PAS terdahulu. Kita beri dan menghargai penghargaan kepada gulungan dan pihak tertentu. Tetapi kita malu, kita loket memberi penghargaan kepada pejuang kita dimajlis khusus. Apakah kurangnya jasanya sahabatku Almarhom Cikgu Mustapha Long, Almarhum Ustaz Othman Marzuki dan ramai lagi kepada PAS?. Kalau depa umNObn tidak menghargai dan mengingati tokoh-tokoh pejuang kita, ianya benar dan tepat. Tetapi kalaulah kita juga subur sambungkan dalam menafi penghargaan kepada mereka, wajarkah? Bahagian protokol dan bahagian politik pejabat YAB MB, semarakkanlah, mudah-mudahan sisa-sisa usia ini dapat saya turut saksikan majlis tersebut. Inshaallah, dalam masa terdekat.

PAS Berkembang Bersekali Kematangan Pemimpin dan Pengikutnya

Katakanlah (wahai Muhammad): ‘Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerentahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang mencabut kekuasaan pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkalah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dari Engkkaulah yang menghinakan sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam Ke kuasaan Engkaulah sahaja segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu’.” (Maksud Surah Ali Imran: 26)

PAS negeri Kedah bersekali dengan pimpinan PAS Kedah Darul Aman, sejak penubuhan PAS Kedah telah menyertai semua PRU dan PRK untuk Dun dan Parlimen. PAS Kedah dipimpin dan diterajui oleh beberapa tokoh terdahulu yang menjawat Pesuruhjaya mengikut kesesuaian pengisian semasa tuntutan keperluan ketika itu. Mereka meletakan PAS dipersada dan diatas landasannya bergerak diatas paksi yang benar dan hak. Sebaik Ustaz Fadzil meninggal dunia, Pesuruhjaya PAS Kedah dipegangan diterajui oleh sahabat karib Almarhom Ustaz Fadzil iaitu Ustaz Azizan Abdul Razak. Allah takdirkan Ustaz Azizan telah mengetuai menuboh kerajaan PR - PAS bersama-sama PKR dan DAP menjadi realiti bukan cobaan tidak mimpi. Kini di kenali YAB Dato’ Seri Ustaz Haji Azizan bin Haji Abdul Razak MB Kedah Darul Naim selepas PRU12 yang lepas. Alhamdulillah.

(NOTA: Saya imbau kenangan kira-kira 16 - 17 tahun dahulu. Sebaik YAB TG Nik Aziz Nik Mat menjawat jawatan MB Kelantan. Dalam kunjungan lawatan kerja Presiden PAS Pusat Ustaz Fadzil Noor bersama Ustaz Azizan Razak ketika itu baru melepaskan jawatan pensyarah di UKM. Ustaz Fadzil dan Ustaz Azizan menginap di Hotel Ansar (bilik 208). Seperti biasa Ustaz Fadzil memanggil saya menemuinya di Hotel Ansar jam 8 malam (ketika itu hampir benar negara akan menghadapi PRU). Tepat masa dijanjikan terlebih dahulu saya dapatkan buah tangan kesukaan Ustaz Fadzil kalau sampai di Kota Bharu iaitu roti tempayan, gulai daging cincang dan kaki lembu bersama teh tarik kegemaran Ustaz Fadzil. Saya melangkah kebilik Ustaz Fadzil, Ustaz terus memperkenalkan saya dengan Ustaz Azizan. Ketika itu Ustaz Fadzil siap dengan jarumnya untuk menyuntik ubat insulin penyakitnya dan pinta saya bantu sempurnakan. Maaf Ustaz, ana tak boleh. Disitulah Ustaz Azizan maklumkan kepada saya yang asal keluarganya dari Sungai Baru, Sungai Belati. Saya maklumkan sebelum masuk tadi, “ana nampak Ustaz Hassan Mahmud Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan nak jumpa Ustaz, dia pesankan sesuatu untuk kehendak dirinya disampaikan kepada Ustaz, ana tinggalkan diluar Ustaz Azmi adik TMB II Ghazali Ishak juga maksud sama tumpang juga nak jumpa Ustaz maksud berkisar tempat di PRU”. Semuanya bersikar dengan calun-calun Ustaz Fadzil pinta pandangan saya kerana saya mengenali. Selesai saya memberi pandangan jam 11 malam saya pohon beredar dan jumpa pagi besok di kedai Jaafar Rawas(belum meninggal dunia ketika itu). Sebelum beredar baru saya panggil kedua-dua tadi bertemu Ustaz Fadzil, bersalaman dan sama-sama kami meninggalkan Ustaz Fadzil dan Ustaz Azizan. Ustaz Azizan inilah 16 tahun kemudian selepas PRU12 pada 8 Mac 2010 menjawat jawatan MB Kedah Darul Aman. 

Dan selepas 2 tahun 6 bulan baru kali pertama menjejak kaki kek ediaman resmi MB, sebaik menerima panggilan undangan phone dari pegawai khasnya jam 8.03 pagi. Dari Bagan Dalam tepat jam 12.02 tengah hari saya sampai di kediaman resmi MB di Mentalon hari rumah terbuka MB Kedah. MB Ustaz Azizan turun dari pentas, bersalaman dan berdakapan dengan saya dengan menyembut nama saya. Dengan bertanya dok di Kelantan atau di KL, saya jawab di Padang Serai. Tanya macam mana boleh mai? Ustaz Hassan Razak kal pukoi 8 pagi tadi dan menanya tentang kesihatan. Terima kasih Ustaz Azizan masih menghargai ana. Ana doakan Ustaz dan keluarga dalam sihat sejahtera dan selesa menjalankan tugas sebagai Adun dan MB, Alhamdulillah).

Selari dengan peredaran masa dan perkembangan zaman, rakyat negara generasi baru selepas merdeka, yang mereka merdekakan minda dan merdekakan perjuangan dari belenggu khurafat umNObn yang sentiasa menekan rakyat marhaen “Hanya umNObn sahajalah yang mampu memerentah negara ini untuk menjamin keselamatan, kesejahteraan dan ketenteraman rakyat dengan aman damai dan makmur”. Pasca dunia tanpa sempadan, peranan jalor lebar dan lebuhraya maklumat dalam beberapa versi yang canggih. Fahaman khurafat tentang umNObn tersebut rakyat sebahagian dari warganegara yang sebagai pengundi menterjermahkan dalam pembentukkan dipeti undi. Ianya memungkikan hampir kerajaan BN pusat tersungkur.

Swing dan citarasa rakyat dan pengundi menyeluroh di peringkat nasional, dengan rakyat memberi kepercayaan kepada PR mempertahankan Kelantan dan menawan Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan. Manakala Negeri Sembilan nyaris-nyaris umNObn tumbang, tetapi setakat condong sahaja. Itu adalah sejarah yang negara rekodkan selepas PRU12 pada 8 Mac 2008 yang lepas.

Sekarang PAS didukungi keanggutaan oleh umat-umat Islam yang majmuk bangsanya serta majmuk pekerjaannya, didalam kepelbagaian kategori hidup dan kehidupan yang menunjangi Pas Kedah membentuk kerajaan dengan mendapat sokongan besar dari bangsa keturunan negara juga bersifat majmuk dari India, Cina, Bumiputra Sabah Sarawak hatta PAS mendahului umNO membuka pintu menubuhkan satu dewan baru sebagai saya baru kepada PAS yang setara dengan Dewan Ulamak, Dewan Pemuda, Dewan Muslimat dan seumpamanya iaitu Dewan Himpunan Penyokong PAS - DHPP. Kini era PAS diberi kepercayaan besar dikalangan penyokong bukan Islam iaitu DHPP yang dianggotai pelbagai keturunan bangsa memberi kepercayaan dan bersama PAS merealisasi keadilan kesejahteraan politik sejagat negara.

Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorongmu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah kerana adil itu lebih dekat kepada taqwa”. (Maksud Surah - Al Ma’idah: Ayat 8).

Asam garam didalam PAS tidak sama dengan garam belacan didalam umNObn. Sebusuk-busuk pemimpin atasan PAS khususnya dkalangan AJK PAS Pusat mereka tidak berzina dan minum arak, saya menyakini pernyataan ini dengan simpul mati. Mereka mampu membaca khutbah dan menjadi imam untuk solat Jumaat dan solat sunat 2hari raya hatta menyempurnakan solat jenazah dan menjadi kepala halipah membaca Yaasin dan tahalil dan menyempurna sembelehan qurban dan aqiqah dan sebagainya. Hebatnya PM6 1Malaysia, 1kali pun tak pernah naik keatas mimbar membaca khutbah dan mengimamkan apa-apa solat sekadar menjadi makmun, fakta ini saya tidak fitnah, ia adalah benar. Dalam umNO ada yang boleh agama; tepati jarang-jarang, kadang-kadang kata Almarhom TS P. Ramli.

Melayani Menghadapi Mehnah dan Kerenah

Ahli-ahli PAS diperengkat cawangan, yang berkampong dengan juzu lebih besar bernama PAS Kawasan. Asas pemimpin dari cawanganlah meletakkan diri mereka setakah ke kawasan. Selanjutnya panjat ke peringkat negeri di Badan Perhubungan PAS Negeri dan Dewan Harian PAS Negeri yang bermula di peringkat kawasan. Di sinilah mereka akan melangkau ke takah akhir di posisi AJK PAS Pusat di semua dewan-dewan. Terdapat juga pemimpin yang di atas nama keperluan kepentingan keutamaan jemaah ditarik dan diletakan di Kawasan terutamanya di pusat sebagai AJK PAS Pusat. Tanpa melalui proses kepimpinan cawangan, kawasan dan negeri. Khususnya dikalangan elit profesional atau tokoh pencen penjawat awam tinggi.

Fenomena kepimpinan sesuatu cawangan dengan cawangan lain disudut kepimpinan terdapat perbedaannya. Termasuklah kepimpinan diperingkat PAS Kawasan. Sesetengah PAS Kawasan berkebetulan kepimpinan PAS Kawasan adalah juga sebagai Adun kadang-kadang sekali gus menjawat Exco atau Ahli Parlimen samaada di Dewan Rakyat atau Dewan Negara. Kadang-kadang mai tegang juga kalau tidak bijaksana pengurusan kalau Adun, Ahli Parlimen pula tidak terpilih menjawat jawatan di Kawasan setidak-tidaknya. Semuanya sedikit sebanyak menjadi duri dalam daging kalau tidak diurus pentadbiran dan pengurusan dengan sebaik-baiknya. Ada cawangan yang hebat kerana ketuanya orang hebat dan sebaliknya.

Hatta kepimpinan kawasan pun akan bermasalah sekiranya tidak ditangani. Terdapat sesetengah kawasan dan Dun mendapat Adun yang serba loket dan tidak mempedulikan parti dan ahli. Genggam tak tiris, belulang kerbau balar kering. Kadang-kadang perbelanjaan parti yang diamanahkan diluar cermat dan berhati-hati bertukar menjadi perbelanjaan pribadi guna untuk jana sendiri sesuka hati. Diluar membuat catatan perisitharan dan rela berdepan menyelesaikan yang kusut, meleraikan yang bersimpul. Sikap angkuh berhelah, mencipta reka menghalal tindakkan membersikan diri tidak melalui saloran. Pemimpin serba pengampu, selalunya cawangan yang diuruskan cacamerba dan kawasan pun tidak terurus. Rekod parti dan rekod perbelanjaan sering mengundang masalah sesama AJK dan kadang-kadang sampai bertegang urat bersimpai tuduh.

Pemimpin mestilah bertindak mengambil berat tentang ahli, cuba mengetahui dan menyelami mereka secara bersungguh-sungguh, mengikut keadaan hidup dan kehidupan mereka ahli kita, bersimpati dengan mereka, bekerja menyelesaikan masalah mereka semuanya. Membantu kemantapan ahli dan mnegukuhkan kepercayaan mereka kepadanya. Dengan itu dia dapat menggunakan tenaga mereka untuk keperluan parti. Bukan jenis pemimpin yang mengambil kesempatan pelekoh hak-hak ahli menjadi hak pemimpin. Kisaran ini janganlah kita dikalangan PAS mengulangi apa yang umNObn lakukan selama mereka memerentah. Jangan pemimpin mencari makan diatas kepala rakyat. Pertolongan rakyat pohon mesti bersekali dengan harga upah menyelesaikan maksud. Pemimpin jangan amalkan kerja-kerja keji tersebut. Maaf cakap la, berterus terang lebih baik dari pendam benam.

Kepimpinan cawangan, kepimpinan kawasan dan kepimpinan negeri dalam menghadapi kemelut pemimpin yang mengundang masalah kepada parti, mengundang benci dan penolakkan ahli, pengundi dan rakyat jelata dikala PRU12. Jangan sekali-kali biawak hidup mewakili parti dicalun kembali. Pasti calun dan parti akan berdepan kepangkuan hakim rakyat untuk memutuskan. Jenis pemimpin berjenama besar tetapi sekadar luaran kosmatik, di sana satu pertimbangan khusus, keputusan yang tepat walau pun pahit wajarlah disempurnakan. Bertindak awal lebih baik dari lengah bertindak. Kerana ianya mengundang ancaman kalau tindakkan di ambil hampir dengan hari pilihanraya. Jangan kerana cuba menyelamatkan satu individu, kita terpaksa kurbankan satu Dun atau satu Kawasan Parlimen yang mengundang dalam mengurang peluang penguasaan.

Kerana sekian lama ahli, penyokong, rakyat dan mengundi memperkatakan jangan sekali-kali calun itu, di pilih di letakkan kali kedua untuk kami undi. Kami dah tak mau dah calun tu. Cukup la. Sekalipun ianya menjadi kesayangan kepimpinan disebabkan tertentu hubungan tertentu. Justeru, usahlah memperjudikan pengundi, kerana pengundi adalah hakim pemutus menang kalahnya kerusi Dun juga Kerusi Parlimen. Walau hebat mana pun sesaorang pemimpin itu, bintang dan derjatnya, tersohornya dengan gelaran dan akdemik profesional, kalau rakyat pengundi benci mereka depa tak peduli. Kepimpinan janganlah sampaikan memusnahkan peluang menang dengan memerangkapkan parti meletakkan parti dikandang salah dipenjara kerana buruknya calun. Dikeranakan terdapat pemimpin yang tersilap memilih calun dikalangan ahli-ahli terbaik yang ramai. Kerana terpengaruh dengan lakonan pribadi diluar menyedari dan merasai melakukan kesalahan keatas amanah parti dan amanah ahli. Inilah fenomina terkini parti menghadapi kepimpinan yang ahli tersalah membuat pilihan.

Era PRU13 ahli lagi sekali jangan tersalah dan silap memilih pemimpin untuk ditunjuk angkat menjadi Adun, Ahli Parlimen. Pilihkanlah wahai ahli, wahai pengundi rakyat jelata, pemimpin anda seperti Khalifah Umar Abdul Aziz. Dulu 50 tahun dahulu, 40 tahun dahulu nak cari orang menjadi calun Dun dan Parlimen tidak ada yang menawarkan diri, kerana disana mereka fikirkan kalah dalam PRU, bukan diatas dasar perjuangan maukan reza Allah. Kini apabila PAS memiliki kerajaan, PAS menjadi sebutan, pasti menjadi hambatan sesetengah dikalangan kita pasang angan-angan. Cara aku, kedudukan aku, hebatnya aku, lebihnya aku, pro nya aku, alimnya aku. Diawal dan diakhir nama ada gelaran makna. Aku lebih dari ahli-ahli yang comot, petani, nelayan, penyadat sawit, jaga kilang, pemandu teksi. Kamu tidak sesuai kerana tak pandai sesuaikan diri dalam majlis besar dalam dewan, dalam parlimen dan bersantap dengan raja dengan sultan.

Jadi akulah layak dipilih untuk jadi calun. Sana saya derma 5Ribu, sana sana 10Ribu, situ kampong pendalaman seratus. Masjid Jamik dimajlis MB berbuka puasa saya derma 100Ribu replika cek, lagi besar dermawan saya dimajlis berbuka puasa bersama MB dan Tuanku setengah juta replika cek juga. Hampa apa ada? Tengok aku derma banyak mana? Setengah kilo kurma murah tak main la. Tak layakkah aku dipilih? Replika 100Ribu dan setengah juta melambung bila cek hakiki yang bersaiz 4” X 7” sebaik dimasukkan ke akaun pokai ac dan lama katup. Reblika 10Ribu melantun dan 5Ribu pon pok. Tak pok adalah seratus kerana itu adalah tunai. Pasai apa jadi macam ni? Tat pa jangan hingaq nanti kalau saya dapat dipilih jadi calun saya bagi penuh, saya janji saya akan tunai. Sumpah!!! Tak caya gua ka!!!! Saya paparkan ini sebagai renungan sempadan, seloka maklumat. Kalau-kalau terdapat jenis tu, awai awai kita tolak ketepi kelongkang. Jangan undang masalah jemput padah.

read more

Thursday, August 6, 2009

Corat-coret ISA

Thursday, August 6, 2009 |

CORETAN 1 – 200 JUTA
RM200,000,000.00, begitulah angka kerugiannya. Peniaga di lokasi berlangsungnya demo 1 Ogos lalu mengikut kata Raja Nong Chik kerugian sebanyak itu. Kalau diibandingkan dengan rumah agam bekas MB Selangor, sebanyak 12 buah rumah sebegitu boleh didirikan.

Kalau peniaga di situ ada 10,000 orang, maka setiap seorang kerugian RM20,000, hanya sekadar tiga atau empat jam sahaja.


Kalau peniaga di situ ada 100,000 orang, maka setiap seorang kerugian RM2000. Kalau berniaga dalam tempoh 3 hingga 4 jam boleh dapat sejumlah itu, Nong Chik patut tak payah jadi menteri.

Elaun menteri pun tidak sebanyak itu. Baik jadi peniaga di situ sahaja.


CORETAN 2 – DARURAT
Zahid bersedia mengadap SPB Yang DiPertuan Agong untuk memohon pengisytiharan darurat kerana demontrasi.

Selepas ISA, rakyat diugut dengan darurut pula. ISA dipertahankan kerana itu senjata Umno.

Darurat pula senjata siapa? Umno nak ambil darurat buat senjata pula? ISA belum cukup ganas?

Adakah darurat juga senjata Umno? Rasanya kalau diisytiharkan darurat bukan lagi kerugian RM200 juta, tetapi Raja Nong Cik akan kata RM1 bilion.


CORETAN 3 – PENDEMO DIUPAH
Rais kata pendemo pada 1 Ogos diupah. Menurutnya ini maklumat baru dan besar. Sangat bernilai.

Aha, orang yang punya ijazah undang-undang berjela-jela macam Rais melihat itu sebagai maklumat besar. Lebih besar daripada mudarat ISA?

Salahkah kalau ada mereka yang tidak mampu dari segi kewangan tetapi ingin turut serta bersama orang ramai membantah undang-undang kejam ini dibayar?

Eh, lupakah Rais bahawa dia juga dibayar untuk mempertahankan ISA. Kalau mempertahankan ISA boleh dibayar, menentang ISA tak boleh dibayar?

Mana lebih mulia dibayar untuk pertahan ISA atau lawan ISA?


CORETAN 4 – PEKIK SAMPAI PAGI
Najib kata dia sanggup bagi stadium untuk pendemo pekik sampai subuh. Kalau Najib tak bagi pun, itu ramai yang sudah tahu. Di Kelantan, Selangor, Kedah dan Pulau Pinang pun boleh. Itu semua orang tahu.

Najib, soalnya bukan tempat. Soalnya ialah, adakah suara orang ramai dimana-mana tempat pun akan didengar? Memorandum sudah dihantar, rayuan sudah dibuat, kes mahkamah sudah ada, pertemuan dengan menteri juga telah dibuat.

Air mata dan tangisan keluarga mangsa bukan lagi sedikit. Maksudnya, bukan soal tempat tetapi soal pemimpin Umno pekak badak.

Buktinya, PPSMI, hanya selepas demo barulah ada perubahan tetapi itu pun pada tahun 2012.
Betullah, pemimpin Umno bertelinga satu tetapi berlidah dua.


CORETAN 5 – HUKUM IBU BAPA
Shahrizat kata ibu bapa atau penjaga kanak-kanak akan dikenakan tindakan jika babitkan kanak-kanak dalam demo.

Wah, baguslah kerana keprihatinan itu.

Kalau ibu bapa yang bawa anak-anak untuk menentang ISA adalah bersalah, apa pula kesalahan anak-anak yang dipisahkan dengan bapa yang ditahan ISA? Anak-anak Mat Sah Satray, apa salah mereka?

Mengapa anak-anak dibiarkan menderita kerana ayah mereka ditahan ISA? Apa salah bapa itu? Apa salah anak itu?

Kalau bapa bersalah mengapa anak dihukum? Kalau kedua-dua tidak bersalah, mengapa kedua-duanya dihukum?

dipetik dari http://bongkarsauh.blogspot.com/

read more

Tuesday, May 12, 2009

jadi MB (haram) balik ?

Tuesday, May 12, 2009 |
perak kembali pening!

haHA

ini mamu punya angkara




aku kata dah,

semalam depa dok meeting

"..memula hg bagi depa jadi MB,

then depa mesti minta bubar DUN

then kami wat rayuan,

kami MB pulak

kita bubar DUN pun,

negeri kita gula-gula habis!"

haHA

read more

mujur mahkamah tak bengong sama


malam ni nak cerita pasal politik pulak laaa


lama tak bising pasal politik nie


mcm aritu aku kata


buat menguap jer aku dengan depa nie



tapi arini selepas keputusan mahkamah pun tak berapa nak bengong


so, aku 'agak' gembira laa malam nie

('agak' jer laa... panjang lagi kisah kita nie..)
ada jugak laa modal aku nak tidor nyenyak malam nie


tapi rasanya ada yang tak berapa nak nyenyak tidor malam nie

esp mamat ni dan ini...


haha



janji Tuhan pasti berlaku..


kita tunggu jer esok


apa cerita istana pulak



p/s : utk mengisi masa-masa lapang, baca link ini.


read more

Thursday, May 7, 2009

menguap~

Thursday, May 7, 2009 |




huaarrrggghhhhhh~

menguap aku tengok Perak ni

tunggu laa esok macam mana

atas pokok pulak kot...




huaarrrggghhhhhh~

read more

Tuesday, May 5, 2009

tok guru pesan..

Tuesday, May 5, 2009 |


tok guru pesan,




"..Kita orang Islam pentingkan janji, jangan buat kacau, janji mesti sempurna.. "


Apa yang kita ada nie,


jaga elok-elok dulu..


Perkemas rumah kita dulu


jangan dok berkelai sangat.


Tak elok mengundang fitnah kat Islam..

p/s : Tuhan atoq elok dah tu .



read more

Saturday, May 2, 2009

" Nak cekelat ...? "

Saturday, May 2, 2009 |


Tiba-tiba Tok Jib laung 1Malaysia.
Amender laa 1Malaysia tu..
Sampai ke Brunei dilaungnya 1Malaysia tu.

Bila kata 1Malaysia tu tiru Malaysian Malaysia DAP, depa kata bukan.
Tapi lebih kurang aja aku tengok..

Hari ni , timbalan Tok Jib plak tumpang sekaki.

Teringat PRK awal bulan lepas..
Tapi terlupa, pohon restu Ilahi.


Biasa laa, melayu mudah lupa..

Esok-esok buat lagi.

Gula-gula banyak lagi dalam kocek, kan..?
p/s : kami panggil cekelat~



read more

Coret-coret di petang Sabtu




Apa persamaan di atas kedua-dua gambar di atas ..?
Perasan tak?
Pertama, kedua-duanya dalam kumpulan.
Kedua, ia mesti ada seorang ketua.
Ketiga, pengikut mesti mengikut arahan ketua.
Tak boleh sama atau mendahului gerakan ketua.
Betol tak ?
p/s : Lain-lain persamaan, pikir laa sendiri.

read more

Thursday, April 30, 2009

Ameen...

Thursday, April 30, 2009 |
Hati aku tak sedap pulak baca cerita ni, ni dan ini...

Takkan kot ...???

Pa pun mai kita muhasabah sesama kita , bak kata Tn Ibrahim Tn Man nie...

p/s : Semoga Engkau berkati perjalanan jamaah hamba2-Mu ini.. Ameen.


read more

Unity Government


Laaa, tak habis Unity Government -UG ?
Sampai Ku Li pun nak mencelah jgk nie...
Puak tu pun terketaq-ketaq lutut dah nie...

" Ilek laa ", kata MB aku.. Sentiasa slow & steady haHa
Persettle hangpa dulu, no?
Geng veteran pun kata nak tumpang sekaki la nie, apa cer?

UG nya pasal, jangan sampai lupa prinsip k?
TGNA masih terasa pedihnya sampai la nie...
Apa pun, syura buat laa keputusan terbaik..

InsyAllah kami akan ikut ...

p/s : baca link berikut utk motivasi, nooo

read more

Wednesday, April 29, 2009

Mai perapat saff !

Wednesday, April 29, 2009 |

Aku pasti antara yg sedang bertepuk tangan sekarang nie adalah juak-juak sekular itu .
Dan aku pasti kini artikel Nik Abduh yang ini dan ini antara yg 'hits' ratingnya dlm dunia maya saat ini.
Sesekali, mai kita relax jap.
Meh, kita baca blog mamat nie.. huahuahua!!
Standard Nabil laa lu, duka!
Tapi jgn peluk anak org pulak..
Tak pasai2 lu kena accident!

read more

Awat pulak nie??


Ni awat pulak nie??
Puak tu dah ketaq lutut dah tu; lawan jer laa...
AT confirm bengang lagi nie.. Dok tggu respon dia.

Kita paham hati org Penanti tu.
Tapi utk kemaslahatan umum, postpone la jap..

Muktamar pun dekat dah nie...
Pa pun tunggu Syura bersuara pulak!

p/s : Lu tengok, LGE pun dah fed-up nie.. Penin, penin~

read more

Tuesday, April 28, 2009

Sesat la pulak..??

Tuesday, April 28, 2009 |
Pakat terlompat bila anak TGNA sound;
Siapa yang sesat tu??
Jangan kata sesat, sheikh..
Kata laa depa tu pening aja, tak tahu nak buat keja apa dah.
La ni cerita ni dah jadi bahan provoke cap ayam puak tu.
Yang sepatutnya dibuat jadi isu, kita buat tak kesah..
Provoke cap ayam macam tu pun melompat pulak..
Tadak pa aih, sheikh..
Betoi la kata Pak Bakaq tu...
Al hasil, wal balik hasil..
Mai kita sembang kat muktamar nu..

read more

Monday, April 27, 2009

Sama laa maknanya tu, Datuk!

Monday, April 27, 2009 |

Pelantikan Pengerusi Baru Terajui Umno Bukan Tidak Percaya Kepimpinan Negeri

PUTRAJAYA, 25 April (Bernama) — Keputusan melantik barisan kepimpinan tertinggi Umno sebagai Pengerusi Badan Perhubungan parti itu di lima negeri, tidak harus dianggap sebagai petanda parti tidak memberi kepercayaan kepada kepimpinan negeri.
Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata ia bertujuan memberi perubahan lebih positif kepada negeri berkenaan iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan, Kedah, Terengganu dan Pulau Pinang.

“Ini bukan soal tidak percaya terhadap kepimpinan negeri tetapi ini lebih untuk memberi input dan perubahan kepada negeri berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program pelancongan komuniti Putrajaya di Presint 9 di sini hari ini.

Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengumumkan beliau akan mengetuai Badan Perhubungan Umno Selangor dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin pula memimpin Umno Wilayah Persekutuan.

Sementara tiga Naib Presiden Umno iaitu Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bertanggungjawab memimpin Umno Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengambil alih teraju Umno Pulau Pinang sementara Umno Kedah akan dikemudi Datuk Seri Shafie Apdal.

Tengku Adnan yang juga Ketua Bahagian Putrajaya turut menyambut baik pelantikan Muhyiddin yang pada pendapatnya dapat memberikan impak besar kepada politik di kawasan itu seterusnya kesannya akan melimpah ke negeri lain.

“Kita kena jaga (Wilayah Persekutuan), kita perlu memahami keperluan pengundi muda dan pengundi tradisional di kawasan ini,” katanya.

Mengulas pelantikan beberapa pemimpin yang kalah atau tidak bertanding dalam pemilihan parti bulan lepas sebagai Anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno, beliau berkata ini kerana parti masih memerlukan khidmat dan sumbangan mereka.

“Walaupun mereka kalah atau tidak bertanding, tetapi mereka semua masih dapat memberi sumbangan kepada parti. Barisan yang diumumkan Presiden merupakan barisan yang mantap dan diyakini dapat memulihkan keyakinan rakyat kepada Umno,” katanya.
– BERNAMA

Tkg-karut said
Cuba paham btoi2, org melayu ni kan suka b'kias.. Cakap direct, kang terasa lak

read more

Sunday, April 26, 2009

oksigen = politik ?

Sunday, April 26, 2009 |



Bayangkan hidup kita tanpa oksigen..

Begitulah juga persoalan hidup kita dengan politik.

Politik itu tidak kotor, tapi yang kotor itu adalah org politik !


read more

buat macam mana pun sama Tan Sri oi..

Kod Etika Saja Tak Berupaya Naikkan Imej Umno, Kata Muhyiddin

KOTA KINABALU, 25 April (Bernama) -- Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kod etika parti semata-mata tidak akan berupaya menaikkan imej Umno kerana jiwa anggota parti turut memainkan peranan besar untuk menentukan parti itu sentiasa utuh dan dihormati.Beliau berkata bahawa untuk menjadikan Umno sebuah organisasi yang berimej tinggi ia perlu berbalik kepada soal jiwa dan semangat anggota parti.

"Apa bentuk tata etika atau panduan tidak akan berguna jika ahli bertindak secara tidak berakhlak dan bermoral."Apa bentuk kod etika yang dipinda berpuluh kalipun tidak bermakna. Yang penting ahli perlu berpandu kepada semangat perjuangan dan berbuat sesuatu atas niat yang ikhlas untuk menolong bangsa, agama dan negara," katanya kepada pemberita selepas memberi taklimat berhubung kod etika parti yang menyentuh soal tatacara pemilihan serta pengurusan parti kepada anggota Badan Perhubungan Umno Sabah di sini hari Jumaat.

Muhyiddin berkata penjelasan yang diberikan tidak terhad kepada soal pemilihan parti sahaja tetapi merangkumi tatacara urusan berparti lain yang perlu dipatuhi oleh anggotanya.Katanya kod etika yang diguna pakai pada pemilihan parti pada tahun 2001 telah dipinda dan telah diluluskan oleh Majlis Tertinggi Umno pada mesyuarat yang lalu.

Muhyiddin berkata satu daripada perkara yang diberikan penekanan ialah berhubung rasuah politik kerana ia disenaraikan sebagai satu kesalahan besar berdasarkan kod etika parti.Katanya perkara lain yang disentuh ialah berhubung kelonggaran berkempen oleh calon dan kebenaran kepada Badan Perhubungan Umno Negeri untuk mengatur perjumpaan calon-calon dengan perwakilan negeri atas budi bicara mereka. --BERNAMA



TKG-KARUT said :
Udah-udah ler tu Tan Sri oii.. benda dah berkarat.. buat macam-mana pun sama aja..


read more

Tentang-Aku

My photo
kata salah ! tak kata salah ! dunia-oh-dunia !

MyPersonality

Click to view my Personality Profile page

Arkib

 
Copyright © dunia-oh-dunia ! | Powered by Blogger | Template by Blog Go Blog