Showing posts with label Muhasabah. Show all posts
Showing posts with label Muhasabah. Show all posts

Sunday, December 4, 2011

Anwar & sikap 'responsible'

Sunday, December 4, 2011 |
Pada awal 1981 Anwar Ibrahim menggemparkan negara. Pemimpin belia yang dilihat paling dinamik dan berbakat mencorakkan lanskap politik Malaysia mengumumkan dirinya menyertai Umno.

Perisytiharan itu dibuat oleh Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad , Perdana Menteri keempat Malaysia yang baru sahaja menaiki takhta beberapa bulan sebelumnya.

Negara terkesima. Takjub. Bagaimana Anwar yang belum lagi sempat melangsaikan perjuangan memimpin lebih 60 persatuan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ketika itu menentang pindaan Akta Pertubuhan yang dilihat mengongkong kebebasan berpersatuan boleh memilih menyertai parti kerajaan?

Maka pada sidang akhbar di Jabatan Perdana Menteri itu, wartawan tempatan dan antarabangsa bingkas bertanyakan prinsip perjuangan Anwar. Apakah sikapnya terhadap peraturan dan pelbagai akta yang mencengkam kebebasan dan hak rakyat seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) telah berubah?

Anwar menjawab ringkas tetapi tegas dan jelas : “Dulu kerajaan tidak mahu mendengar suara rakyat. Sebab itu, saya tentang. Tapi sekarang kerajaan (Dr Mahathir) lebih responsif terhadap tuntutan kita, maka kita harus bersikap lebih bertanggungjawab (responsible)”.


read more

Saturday, November 19, 2011

"Dier Yasin" Malaysia?

Saturday, November 19, 2011 |

Hari ini genap 26 tahun terjadinya Peristiwa Berdarah Memali. Peristiwa kejam yang berlaku di kawasan pendalaman di Baling itu mengakibatkan 13 syahid di tangan pihak polis. Seramai 3600 orang anggota polis terdiri Unit FRU, UTK, Senoi Praq dan anggota dari Bukit Aman terlibat dengan operasi yang di beri nama "Operasi Angkara". Operasi itu di bawah seliaan pegawai Bukit Aman.

Tujuannya menangkap Ustaz Ibrahim Mahmud untuk ditahan di bawah ISA.

Peristiwa pembunuhan itu berlaku ketika PM Dr. Mahathir melakukan lawatan ke China. Manakala Menteri Dalam Negeri yang menjaga PDRM adalah Musa Hitam. Manakala IGP adalah Hanif Omar.

Pada awalnya pihak kerajaan mendakwa berlaku operasi membasmi pengganas komunis. Kemudian menukar tajuk kepada pembasmian ajaran sesat. Berhari-hari media kerajaan terutamanya RTM, Utusan Malaysia dan Berita Harian "mendendangkan" lagu penipuan keatas rakyat mendakwa Ustaz Ibrahim Mahmod membawa ajaran sesat.


read more

Sunday, May 15, 2011

Memperingati An-Naba' 15-05-1948

Sunday, May 15, 2011 |



Merah Saga

Album : Tak Kenal Henti
Munsyid : Shoutul Harokah
http://liriknasyid.com



Saat langit berwarna merah saga
Dan kerikil perkasa berlarian
Meluncur laksana puluhan peluru
Terbang bersama teriakan takbir

Semua menjadi saksi
Atas langkah keberanianmu
Kita juga menjadi saksi
Atas keteguhanmu

Ketika yahudi-yahudi membantaimu
Merah berkesimbah ditanah airmu
Mewangi harum genangan darahmu
Membebaskan bumi jihad palestina

Perjuangan telah kau bayar
Dengan jiwa, syahid dalam cinta-NYA



read more

Monday, December 6, 2010

Doa Awal Tahun Hijrah

Monday, December 6, 2010 |

Segala pujian bagi Allah Tuhan semesta alam. Selawat dan salam kepada junjungan Rasul dan kepada keluarganya dan para sahabat sekalian. 

Ya Allah, Engkaulah Yang Kekak, Qadim lagi azali dan di atas kelebihan Engkau Yang Besar dan kemurahan-Mu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang sesungguhnya telah mendatangi kami, kami memohon kepada Engkau pemeliharaan padanya daripada syaitan yang direjam, pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan kami memohon pertolongan dari nafsu yang banyak mendorong kepada kejahatan dan kami memohon kepada-Mu untuk melakukan sebarang pekerjaan yang boleh mendekatkan diri kami kepada-Mu.

Ya Allah, Tuhan yang merubah segala keadaan, ubahlah keadaan kami kepada sebaik-baik keadaan dengan kekuasaan dan kurnian-Mu wahai Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Moga-moga Allah S.W.T mencucuri rahmat dan sejahtera kepada junjungan kami Nabi Muhammad, ahli keluarga dan sahabat-sahabat sekalian. 

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. 

Semoga Allah menerima doa kita semua
.


read more

Doa Akhir Tahun Hijrah


Segala pujian bagi Allah Tuhan semesta alam. Selawat dan salam  kepada junjungan Rasul dan kepada keluarganya dan para sahabat sekalian. 

Ya Allah, apa yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini dari apa yang Engkau larang kami daripadanya, maka tidak sempat kami bertaubat darinya dan Engkau tidak meredhainya dan tidak Engkau melupainya dan Engkau berlemah lembut kepada kami walaupun Engkau memberi peluang supaya kami bertaubat setelah kami melakukan maksiat kepada Engkau, maka sesungguhnya kami memohon keampunan Engkau, maka ampunilah kami.

Apa yang kami lakukan padanya dari apa yang Engkau redhainya dan Engkau telah menjanjikan kami ganjaran pahala keatasnya, maka kami memohon akan Dikau wahai Tuhan Yang Maha Mulia yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan semoga Engkau menerima kami dan janganlah Engkau memutuskan harapan kami dari kurnia Engkau wahai Tuhan Yang Mulia. 

Moga-moga Allah S.W.T mencucuri rahmat dan sejahtera kepada junjungan kami Nabi Muhammad, ahli keluarga dan sahabat-sahabat sekalian. Segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam.


read more

Sunday, October 31, 2010

Senandung Anak Pejuang

Sunday, October 31, 2010 |

Senandung Anak Pejuang

Album : Inspirasi
Munsyid : Soutul Jihad
http://liriknasyid.com


Allah Allah Allah Allah...

Pada kelembutan seraut senyuman
Pada kelunakan tutur perkataan
Ada terlukis warna kerinduan
Terkenang ayah jauh di rantauan

Ayah selalu menghilang diri
Tinggalkan ibu membilang hari
Terkadang tiada khabar berita
Namun ibu tak pernah berduka

Sesekali hati rasa cemburu
Melihat teman semuanya berayah
Bermanja bermesra kasih berpadu
Hidup gembira tiada gundah

Tidak tertahan menanggung rasa
Kepada Ibu segera bertanya
Ke manakah ayah sekian lama
Hingga kini belum menjelma

Ibu tersenyum di dalam sayu
Senyumnya pudar tiada indah
Mungkin batinnya berlagu sendu
Bila anak rindukan ayah

Nada memujuk ibu menjawab
Tuturnya lembut penuh hikmah
Ayah pergi ke medan jihad
Mencegah mungkar
Menegakkan yang hak

"Oh ayahku, seorang pejuang rupanya
Aku rasa bertuah, tak akan ku kesali takdir ini
Suatu hari nanti, bumi Allah ini akan bersih jua
Dari najis, mungkar dan dosa
Ayah tentu gembira
Ayah tentu bersyukur
Oh Ibu biarkan ayah pergi
Jangan bekalkan dia dengan air mata
Tetapi dengan doa penyubur jiwa
Ayah akan kujejaki setiap tapak langkahmu
Aku anak ayah, anak pejuang"

Lagu : Abd Halim
Lirik : Zuraimi Ismail
Vokal : Syahril Khalid & Soutul Jihad
Susunan Muzik : Abd Halim
Hakcipta Lagu : Nada Hikmah Group
Hakcipta Lirik : Nada Hikmah Group

read more

Tuesday, August 24, 2010

Nada Murni - Nun Di Sana

Tuesday, August 24, 2010 |


Nun disana cita - cita kita
ya akhirat namanya
di dunia ini bukan tempat tinggal
di sini hanya sebentar tidak kekal

Betulkan niat dari sekarang
bukan sikap kita yang merugikan
quran dan sunnah jadikan panduan
agar besok kita tidak kekesalan

Biar susah sedikit kerana Tuhan
untuk menghindar kesusahan yang besar
yang tidak sanggup ditanggung badan
ambillah iktibar kalau mahu sedar

Di sana tiada taulan yang membela
amal ibadah itulah pembela kita
ayuh bersegeralah membuat kebajikan
jangan dilalaikan oleh nafsu syaitan

Pangkat dan harta tidak akan kekal
bahkan apa yang ada akan ditinggal
hidup di dunia hanya sementara
buatlah persiapan untuk kesana

Ayuh bersegeralah menuju Allah
taatilah Dia minta ampun pada-Nya
mati bila - bila masa boleh tiba
jangan sampai kita tidak bersedia

read more

Saturday, August 14, 2010

Ikhlas Dariku..

Saturday, August 14, 2010 |


Aku bukan
seperti engkau sangkakan
pura-pura di dalam berjuang
Aku tidak pandai
menyulam rahsia
juga tak pandai
bermadah pujangga


jika ada benci di hati
oh katakanlah padaku..
relaku terima walau kutukan
asalkan aqidah terjaga..
kerana tidak sanggup lagi..
mempermainkan dustur Ilahi..
hakikat
hati tak terluka
walau zahirnya ada yang ketawa..


Tuhan,
ku mohonkan keampunan
keterlanjuran
yang berulang kali
teman,
kita patrikan di sini
berakhir sebuah lamunan duniawi
terima syukur taufiq Ilahi..




Tajuk: Ikhlas Dariku
Seniman: Akhil Hayy
Album: Di Bawah Satu Cahaya
Genre: Nasyid
Tahun: 2007

read more

Monday, August 9, 2010

EDITED : SUAMI YANG LUPA...

Monday, August 9, 2010 |
Sumber : Kereta Mayat

(Di tulis pada awal perkahwinan, 2002)

Isteriku..

Dengarlah isteriku, aku menulis derita ini ketika kamu sedang terbaring tidur memeluk bantal, di pipimu terdapat kesan air mata yang baru kering, di dahimu terdapat rambut yang hujungnya basah kerana air mata…. Secara diam-diam aku berbaring disisimu, mengusap rambutmu ke belakang, dan menyapu air matamu.., lalu aku mencium dahimu dan memelukmu.., lalu aku menangis...

Mungkin semenjak kita berumah tangga ini, kamu dapati aku sukar melayanmu dengan baik.., kesibukkan aku dengan urusan sendiri membuatkan kamu seorang isteri hilang tempat melepaskan penat dalam pelukkan kasih sayang.., malahan kesemua salahmu yang kecil juga membuatkan jurang antara kita semakin jauh.., namun hari ini, segala kesabaranmu telah datang menyelubungi diri aku lalu membangkitkan rasa kesal yang amat sangat kerana di dalam hati ini, tiba tiba muncul perasaan bersalah yang amat sangat...

Dan dengan perasaan bersalah itulah aku kini datang kepadamu, dan memelukmu dengan penuh kasih sayang..

Dalam diri aku berkecamuk fikiran tentang segala perlakuan kasar aku terhadapmu wahai isteriku. Sewaktu kamu ambil masa yang tidaklah lama untuk bersolek agar pandanganku terjaga, tapi aku merungut dan membentak.., Aku memarahi dirimu kerana tidak mengenakan sarung kaki, walaupun kamu telah memberitahu bahawa sarung kaki ada di dalam kereta, dan akan memakainya dari dalam kereta.., aku tetap memarahimu kerana bagiku, keluar rumah harus bersarung kaki.., sedang jarak kereta hanya satu meter depan rumah..

Aku malu pada diri ini, kerana sentiasa menemui kesilapanmu.., aku marah marah sewaktu kamu tidak memakai anak tudung (sedang sudah memakai tudung diluar) kerana aku kuatir jika tudung kamu jatuh, kamu tidak ada anak tudung, padahal kamu hanya keluar menyiram pokok bunga dalam rumah yang berpagar...

Pada waktu serapan, aku juga menemui kesilapanmu, kamu memasak lambat, lauk nasi sejuk, teh tarik tak kelat dan sebagainya, kamu hanya tunduk meminta maaf dan sewaktu aku ingin pergi kerja kamu melambai tangan dan berkata “jaga diri baik-baik” tapi dahiku berkerut, kerana melihat kamu yang mengenakan tuala sebagai tudung sementara, lalu aku menjerit‘”tutup rambut betul-betul !”

Di pejabat, kamu cuba menelefon aku bertanya khabar, tapi aku merungut supaya tidak diganggu kerana sedang sibuk padahal aku hanya berborak dengan kawan akan isu remeh temeh..,

Pada waktu petang, berulang lagi perkara seperti itu, sewaktu aku sampai, aku melihat kamu sedang menjemur kain lalu aku memarahimu di depan anak-anak jiran-jiran kerana kamu berlengan pendek..., ketika minum petang aku masih merungut tentang dosamu yang akan aku tanggung kerana tidak menjaga aurat. Aku juga merungut jika kamu bersolat lewat, sedangkan kamu sudah memberi alasan tertidur kerana keletihan mengemas rumah..., lalu aku menimbulkan cerita tentang api neraka.., dan kamu diam tidak berkata apa-apa..

Ingatkah kamu sewaktu aku membaca buku di malam hari diruang tamu?, kamu datang dengan wajahmu kelihatan seolah-olah mengalami kesakitan? waktu itu aku sibuk membaca dan tidak peduli pada kamu, dan kamu cuba berkata sesuatu, lalu aku yang tidak suka diganggu ketika membaca menyergah” Apa yang kamu mahu?”.

Kamu tidak berkata apa-apa, tetapi terus berlari ke arahku dan merangkulku dengan kuat-kuat lalu mencium pipiku. Tangan kudusmu dengan kelembutan yang diberikan Tuhan dalam dirimu merangkul erat badanku lalu setelah beberapa ketika, kamu meleraikan kembali pelukkan itu, dan kamu pun pergi kebilik tidur meninggalkan aku seorang diri diruang tamu.., di bahuku, aku melihat ada kesan air mata..

Tiba tiba buku yang aku baca terjatuh dan aku berasa cemas sekali.

Apakah kebiasaan yang merasuk diriku? Kebiasaan mencari kesalahan?, kebiasaan mencari kesempurnaan?, merungut tentang masakan yang tak sedap?, berdengus jika masak lambat?, memarahi isteri kerana berlengan pendek menjemur baju di halaman rumah yang berpagar?, memarahi isteri yang solat lewat kerana tertidur? Memarahi isteri yang tidak pakai sarung kaki ke kereta?

Kadang kadang aku membandingkan kamu dengan kakakku yang sempurna dimataku, malahan lebih teruk, aku bandingkan dirimu dengan anak nabi Fatimah r.aha, sedangkan kamu isteriku.., oh.., aku tahu hatimu telah lama terluka… inikah hadiahku kepadamu sebagai suami?.

Semua itu kulakukan, bukanlah kerana aku tidak menyayangimu, melainkan aku sangat takut tentang azab api neraka yang disediakan untuk suami yang tidak menjaga isterinya dengan betul.., tapi aku terlalu berburuk sangka padamu, menuduhmu yang bukan-bukan, menyoal yang bukan-bukan, mempertikai kasih sayangmu padahal kamu isteriku, banyak sekali perkara yang baik dan yang lembut serta benar dalam perwatakanmu. Hati wanitamu ternyata mencukupi luas sekali, seluas cakerawala.

Ini ternyata ketika kamu secara spontan bergegas berlari dan menciumku sebagai ucapan selamat malam. Dan membiarkan air mata mengalir tanpa perlu kepada sebarang penjelasan, sedangkan kamu, telah dibesarkan oleh ibu bapamu dengan penuh kasih sayang.., sampai masa aku datang mengambilmu sebagai isteri lalu membawa pulang ke dunia yang asing bagimu, dan disini, aku menyakiti hati sucimu itu..

Malam ini, aku datang menyapu rambutmu yang basah, dan malam ini, dalam kegelapan sebegini, aku berlutut di sisi katilmu, menangis pada shurga diwajahmu.., dan aku cukup malu pada diriku sendiri dan aku menangis lagi….hanya kamu yang berada difikiranku. Dan aku telah datang kepadamu, dan kini, aku telah berada dalam dakapanmu. .., maafkanlah aku...

Aku sendiri tak sempurna macam Saidina Ali, macam mana boleh mengharap isteri sehebat Fatimah anak Nabi..?, Aku sendiri sedih kerana telah menyakiti hati seorang anak perempuan orang lain yang telah 20 tahun hidup bahagia bersama kelurga, tapi bila hidup bersamaku untuk 40 tahun akan datang, tidur malam terpaksa pula berteman air mata..

Tetapi mulai esok, aku akan berubah.., aku akan bersungguh-sungguh menjadi seorang suami yang terbaik untukmu, Aku akan berpadu denganmu, menderita apabila kamu menderita, dan tertawa apabila kamu tertawa. Lidahku akan ku tahan, kalau aku ternampak salahmu, aku akan bersangka baik, kerana kamu masih muda, masih sedang belajar menjadi seorang isteri..., dan aku menyesal kerana melayan kamu seperti kamu seorang yang faham selok belok ugama, sedangkan kita semua, masih perlu belajar menjadi manusia yang baik, hingga ke liang lahadpun, pelajaran itu belum habis.., apatah lagi di gerbang rumahtangga?..oh

Sekarang ketika aku memelukmu, dan kamu yang sedang lena dibuai mimpi juga secara tidak sedar membalas pelukkanku.., meringkuk dan keletihan di sebalik wajah sucimumu. Aku menangis malu..

Kelmarin kamu masih anak gadis yang diajar agama oleh ibumu dan kamu masih belajar.. hari ini kamu menjadi isteriku dengan rela, aku telah menuntut terlalu banyak.. terlalu banyak !!!!!

Aku malu pada diriku...

Maafkan aku wahai isteriku
Esok, kamu tidak akan menangis lagi.., insyAllah..

Abang cinta padamu.., sampai hujung nyawa...

Akhir kata:-

“Orang yang paling baik di antara kamu adalah yang paling baik dengan keluarganya dan aku(Rasullullah SAW) adalah yang paling baik terhadap keluargaku.” (Hadis riwayat Tabrani)
Janganlah seorang laki-laki mukmin membenci isterinya yang beriman. Bila ada perangai yang tidak disukai, dia pasti ridha (senang) dengan perangainya yang lain. (HR. Muslim)
“Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri kamu) dengan cara yang baik. Kemudian apabila kamu tidak menyukai mereka (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu padahal Allah SWT menjadikan padanya kebaikan yang banyak.” (Surah an-Nisa’)

read more

Saturday, April 10, 2010

epi EXAM!

Saturday, April 10, 2010 |
QUOTE for today :
hangpa ingat apa study tu, boleh dapat A's ?? Semua tu atas kehendak Dia.. Baca buku tu asbab saja.. So, jangan lupa buat baik, tinggal maksiat... Tolong orang sama, BELANJA AKU !!




P/s : Selamat exam buat sahabat/h di UUM, UniMap, UTeM, UTHM, UTM dll 

read more

Tuesday, April 6, 2010

Untuk Semua Gadis Yang Pernah Kucintai

Tuesday, April 6, 2010 |
serius, lama gila xupdate!


last update 20 mac aritu.. 




read more

Sunday, March 14, 2010

Sense of Belongingness

Sunday, March 14, 2010 |
ada orang ajar aku term ni ;

SENSE OF BELONGING


ntah betol ker tak istilah nie..

tapi maksudnya kurang lebih yang ku faham ;  RASA MEMILIKI (kot...)


read more

Monday, March 8, 2010

Raikan Mad’u

Monday, March 8, 2010 |
Itu temaku arini.. Sebabnya mudah. Berapa teruk kita cari mad'u, kasi program, kasi brainwash, kasi brainstorm… tp last2, lepas gitu jer.. biar gitu jer.. dan lebih teruk, wat tak tau jer.. mau mad'u tu tak kecik hati, nak jauh dari kita.. lari dari dakwah kita…

Kisahnya camni..

read more

Thursday, February 18, 2010

Fwd : Setiap genetik Melayu adalah lemah.TITIK

Thursday, February 18, 2010 |
copied from : AdukaTaruna



Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.


Pendahuluan.
Gua nak cakap pun salah, tak cakap lagilah salah. Kita cakap apa pun, tapi Melayu tetap Melayu. Kita ni sebenarnya amat hina. Macamana kita memandang rendah pada kaum peribumi, begitulah bangsa-bangsa utama dunia memandang kita. Malah lebih teruk lagi. Dia lebih kurang macam ni la bhai...


read more

Tuesday, February 9, 2010

Kenapa perlu ada usrah ?

Tuesday, February 9, 2010 |

Rukun Usrah

Kita semua pernah berusrah dan rasanya kita sudah acapkali mendengar rukun usrah ;

Masih ingat lagi??:

1.TAARUF-Mengenali antara satu sama lain
2.AL TAFAHUM- Memahami sesama ahli
3.AL TAKAFUL- Bekerjasama,bantu membantu antara satu sama lain

Adakah kita sudah berjaya aplikasikannya hari ini , sesudah kita memiliki keluarga sendiri ?



Kenapa kita perlu ada usrah ?

Kadang-kadang terfikir jugak, Kenapa sebenarnya kita perlu ada usrah ek??

Dulu, ramai aja senior2 yang approach datang mengajak untuk join usrah..Ntahpapalah kan ?



Kini, sesudah kita menyedari akan nikmat berusrah ini, maka kita perlu menanakan satu sikap bahawa usrah itu amat penting dalam kehidupan kita.

Kita perlu menanam sikap bahawa kita perlu join usrah setiap minggu dan memberi komitmen sepenuhnya terhadap usrah tidak kira di mana kita berada hari ini.

Maka, seharusnya jadual kehidupan kita perlu diatur mengikut jadual usrah,bukan usrah yang perlu mengikut jadual kehidupan kita...

Soalannya, apa sebab kita perlu berusrah??


haaa...

kerana di dalam usrah itulah tempat penyuburan, pembinaan iman kita...

kerana usrah itu tempat untuk kita mendengar lantunan ayat al-quran, tadabbur & tazkirah dimana disitulah pembaikan diri atau islah an-nafs berlaku..ini sesuai dengan surah 51:56..

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ
Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.

Justeru, apabila kita sudah tahu usrah itu adalah tempat pembinaan iman & perubahan diri untuk menjadi manusia lebih baik, kita perlu sedar inilah aktiviti yang paling utama yang perlu kita beri komitmen penuh kepadanya berbanding aktiviti lain seperti makan,bersukan,melukis.menonton tv sebab tidak ada aktiviti yang lebih utama berbanding aktiviti pembinaan iman..

Pembinaan iman adalah lebih penting dari hobi yang kita sukai...

Pembinaan iman adalah lebih penting dari menonton tv, pembinaan iman adalah lebih penting dari bersukan..

(bukan tolak bersukan; kita raikannya jugak tau! Cuma berpada-pada...)

Sebab..yang akan menentukan ukuran keredhaan Allah & layaknya kita ke syurga-Nya ialah ketakwaan kita kepada-Nya,buah dari keimanan kita...

Bukannya hobi kita,bukannya skil mantap kita dalam bermain bola sepak,bukannya terrornya kita mencari duit dalam berniaga, bukannya berapa lama masa kita habiskan tengok tv.... bukan ini semua...

Maka, apabila kita sedar bahawa bukan ini semua yang menjadikan Allah redha kepada kita & hanya ketakwaan sahaja yang menjadi penilaian-Nya, kita tak kan terus-terusan beralasan untuk tidak terlibat dengan aktiviti usrah dan aktiviti-aktiviti pembinaan iman yang lain di samping usrah seperti rehlah,seminar, program qiamullail...dan sebagainya...

Kita berkomitmen kepada usrah disebabkan kita FAHAM bahawa hanya dengan aktiviti pembinaan iman sahaja jalannya untuk mencapai redha Allah..bukannya leka beraktiviti makan,bersukan, menonton tv yang telah disebutkan tadi...

Barulah dengan PEMAHAMAN ini,kita merasa senang dengan usrah dan aktiviti keislaman...Tidak beralasan untuk tidak hadir aktiviti2 keislaman...Berjuang untuk agama Allah ini, rela mengorbankan masa,tenaga,harta & diri hanya untukNya...


Dan paling penting bukan seperti orang-orang munafik yang hanya berbuat aktiviti keislaman untuk keuntungan diri . Hendak melakukan aktviti yang mendatangkan manfaat untuk dirinya..yang merugikan dirinya, maka dia tak akan membuat aktiviti tersebut..



wallahua'lam

read more

Friday, February 5, 2010

Demi masa!~

Friday, February 5, 2010 |
وَالْعَصْرِ

إِنَّ الْإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ

إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ

Demi masa,
Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian,
kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.
Surah 103 Al-Asr ( 3 ayat ) العصر



read more

Tuesday, February 2, 2010

Degree ... ??? errrrrr

Tuesday, February 2, 2010 |

penting ka ada degree ?


SEBAB UTAMA

Semua orang mengimpikan untuk masuk IPT (  kiranya poli ler standard aku...) 

Sebab apa?

For sure lah mak ayah kata, nanti boleh dapat kerja elok-elok, tolong mak ayah pulak nanti  , pastu boleh kawin

Tapi betul ker..??


errrrr.....

read more

Sunday, January 31, 2010

Antara semangat, impian, cita-cita dan azam

Sunday, January 31, 2010 |

Cuba pikir sat dalam hati, apa cita-cita masa kecik-kecik dulu ..?? Then tak payah bagitahu aku.... hehe

Aku baru terpikir benda ni bila baca blog pasal cita-cita ni.. Sama juga dengan topik pasal impian , semangat dan azam dekat blog http://www.maafcakap.blogspot.com/ ni ..

Sesekali apabila kita renung & muhasabah diri nie, berapa banyak dah kita tanam tekad dalam diri ni, tapi berapa kerat aja yang kita dah tunaikan ?? Bukan kira hutang gak ka walaupun dekat diri kita ni ?

Malu ler sket..!!

p/s : Aku pun berazam nak tulis blog ari-ari, tapi hermmmmm~

read more

Sunday, January 3, 2010

Motivasi di pagi hari

Sunday, January 3, 2010 |

read more

Kisah mamak cendol



Tengah hari tadi aku pekena cendol.

" Mamak ! cendol biasa satu, pasembor biasa satu ! "

Tup tup , tak sempat ku landing, cendol sudah sampai.

Baru dua suap cendol ku sedut, pasembor pulak sampai .


" Hebat ! Cepatnya ..! " getus hati kecil ku. ( Format ayat karangan SPM )


BERFIKIR CARA ORANG BISNES BERFIKIR

Inilah perkara yang orang Melayu perlu fikir sebelum buka perniagaan. Tak kisahlah berniaga di pasar malam atau di tepi, mahupun ingin membuka kedai makan bertaraf restoren.

MASA !

Pelanggan datang untuk makan dan minum. Bukan untuk menunggu.

Bagi aku, sebenarnya aku agak particullar bab-bab masa ini. Maaf cakap, aku prefer ke kedai map-le lagi kalau sekadar nak makan roti canai atau capati berbanding kedai makan orang Melayu. Bukan soal sedap lagi di kedai map-le tu, tapi yang sebenarnya aku tak gemar menunggu; especially bab-bab perut makan nie.

Ada juga kawan-kawan aku yang kalau kedai favourite depa, tunggu sampai 40 minit - sejam pun boleh. It's up to you laa, tapi aku minta maap.. Banyak keja lagi aku boleh buat.


TOLONG ORANG MELAYU (?)

Ada yang kata, "biaq pi laa, kita tolong 'orang kita' juga..."

Sorry beb, bab-bab tolong orang Melayu , aku minta maap siap-siap. Itu dah cara aku. Bagi ku , kita nak tolong 'orang kita' pun bersebab. As I said early (chewah ber-omputeh pulak) , kita banyak kerja hendak dibuat. Dan peluang kita untuk makan & minum ketika itu, hanyalah beberapa ketika.

Kalau sudah tunggu orang ambil order pun dah sepuluh minit, tunggu dia masak pun dah 20 minit, pastu kita nak makan pulak 10 minit, sekurang-kurangnya hampir 40 minit atau lebih kita bazirkan di situ. Tu tak masuk bab nak cari parking dan kerusi-meja lagi. Dibuatnya orang penuh kedai, so sekurang-kurangnya hampir sejam kita terbazir di kedai makan tu aja..

Sanggup ka ? Tu baru makan tengahari. Untuk makan malam, cuba darabkan sehari saja sekurang-kurangnya tak kurang dari 2 jam kita habiskan dekat kedai makan tu saja. Kalau sebulan ?? Kalau setahun ???

Tak sanggup eden !


'CUSTOMERS ALWAYS RIGHT'

Bukan hendak budayakan perangai orang barat, tapi itulah kebenarannya. Budaya orang Melayu (baca : Melayu ; bukan Islam tau)  ni sebenarnya makin lama makin terhakis dari yang sebenarnya.

Tokey kedai berlagak macam bagus seolah-olah dia sahaja yang berniaga di situ. Kita kena ingat kuasa pelanggan. Bukan dipinta supaya hormat macam orang Jepun setiap kali pelanggan datang, tapi at least hormatilah hak pelanggan tu. Alaa, kita hormat orang, orang akan hormat kita dua kali , tau!

Percayalah!


BAB PALING LEMAH 

Cuma satu saja kekurangan map-le nie.

Mahal !

" Kira mamak .... "

" EMPAT RINGGIT EMPAT PULUH SEN saja. "


glupp !~


PENUTUP


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا هَلْ أَدُلُّكُمْ عَلَى تِجَارَةٍ تُنجِيكُم مِّنْ عَذَابٍ أَلِيم ٍ

تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَتُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ

10 . Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih?

11. (Iaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.

read more

Tentang-Aku

My photo
kata salah ! tak kata salah ! dunia-oh-dunia !

MyPersonality

Click to view my Personality Profile page

Arkib

 
Copyright © dunia-oh-dunia ! | Powered by Blogger | Template by Blog Go Blog