Showing posts with label Blog. Show all posts
Showing posts with label Blog. Show all posts

Sunday, March 7, 2010

Bagaimana Mendapatkan Idea Menulis Blog

Sunday, March 7, 2010 |



Cewahhh !! Macam aku ni blogger profesional lak.. Sekadar perkongsian tentang apa yang aku jumpa waktu surf cari idea tadi.. Aku pun copy-paste jer laa

read more

Saturday, March 6, 2010

Blog kosong ?

Saturday, March 6, 2010 |
Semalam aku ada baca blog sahabiah sorang nie.. Cerita pasal BM ler.. aku rasa tak perlu aku share address dia tetapi cukuplah aku katakan bahawa penulisan di dalam blog ini ada pro-kontranya.. Jangan terlalu bebas kita menzahirkan pandangan kita, sampai terlupa ada orang di sebelah sana yang juga sedang membacanya..

Kadang-kadang blog ini akan membuka aib kita; sedangkan kita dituntut untuk menutup aib itu especially buat penggerak Islam ini.. Ia sekadar perkongsian pengalaman dan biarlah nukilan yang kita tulis ini bisa membangkitkan semangat sahabat/h kita atau sekurang-kurangnya bisa memberi sebarang ilmu kepada mereka.. jangan sekadar menulis semata-mata untuk memastikan blog kita sentiasa up-to-date sedangkan isinya tiada.

read more

Sunday, January 31, 2010

Antara semangat, impian, cita-cita dan azam

Sunday, January 31, 2010 |

Cuba pikir sat dalam hati, apa cita-cita masa kecik-kecik dulu ..?? Then tak payah bagitahu aku.... hehe

Aku baru terpikir benda ni bila baca blog pasal cita-cita ni.. Sama juga dengan topik pasal impian , semangat dan azam dekat blog http://www.maafcakap.blogspot.com/ ni ..

Sesekali apabila kita renung & muhasabah diri nie, berapa banyak dah kita tanam tekad dalam diri ni, tapi berapa kerat aja yang kita dah tunaikan ?? Bukan kira hutang gak ka walaupun dekat diri kita ni ?

Malu ler sket..!!

p/s : Aku pun berazam nak tulis blog ari-ari, tapi hermmmmm~

read more

Friday, January 1, 2010

dunia blog (?)

Friday, January 1, 2010 |

Blog. Satu medium alternatif berhubung dengan dunia luar hari ini. Kalau sepuluh tahun dulu, kita baru nak bertatih guna internet, 5 tahun dulu kita baru diperkenal dengan Friendster, dan kini kita 'dihambat' dengan blog ; juga Facebook ( Bayangkan aku pernah terdengar perbualan dalam kumpulan golongan veteran di kedai map-le pasai Facebook ! Aku pun tak minat sangat Fb nie, advance gila org tua nie! )


KELEBIHAN BLOG

Dengan blog, kita tak perlu nak ambil masa yang lama untuk menzahirkan isi hati kita untuk explore dunia luar. Contoh mudah, aku sudah 2 hari tak keluar bilik kecuali gi toilet. Sebab baru aku sedar, dengan ada connection internet nie, berbekalkan air mineral dan roti gardenia, aku dah mampu bertahan di hadapan laptop, macam-macam ilmu & pengetahuan diperoleh secara tak langsung ; cuma kita antara mau dengan tak saja.

Macam disebut tadi, kita tak perlu terlalu formal untuk  explore dunia luar. Tak perlu kamus, tak perlu pensel, tak perlu pen mahupun alat-alat tulis ( macam nak ke sekolah tu ) . Cukup dengan connection internet dan sebiji laptop biarpun cabuk ( cam aku - janji boleh guna jer laa...)


 KOMITMEN

Apabila disebut seorang lelaki, sebenarnya di sampingnya ada bermacam-macam komitmen ( baca : com‧mit‧ment ).

Walaupun belum berkahwin, dia akan ada komitmen / tanggungjawab dengan famili; jika yang beristeri, jua dengan anak-anak ; di samping kerjaya, jiran tetangga dll.

Tapi ada ka komitmen untuk ber-blog ? heHE Confuse juga kan ? Tapi sebagaimana kita meletakkan priority kita dengan keluarga, jiran tetangga, juga Allah dan Rasul, seharusnya sebegitu juga kita meletakkan priority untuk ber-blog ini. Setuju ? Tak setuju ?


MASALAH



Itulah yang agak 'menghantui' aku.

Suka tengok blog orang; rasa macam senang aja hendak buat .

" Orang lain boleh buat, takkan aku tak boleh ... ? "

Tapi realitinya, ada beberapa perkara yang 'agak' menghalang aku untuk konsisten dalam ber-blog ini. Antaranya idea.

Memang senang hendak build-up blog, tapi untuk mengisinya. Especially apabila aku ni dalam kategori yang suka complaint saja ! ( Paham-paham jer laaa - laser bang...)


SOLUSI

Di sini sebenarnya penting untuk kita mengisi masa kita dengan membaca. So, ada kebaikan juga sebenarnya blog ini kan ? Siapa kata buang masa kan ? ^_^

Tapi permasalahan di sini adalah dari segi masa pula . Aku bukanlah jenis yang semata-mata dapat fokus akan sesuatu hal. (Kalau tak, lama dah aku jadi engineer) 

Banyak benda sebenarnya hendak ku fikir.

Tapi untuk kesejahteraan aku di masa depan, sekarang ini aku cuba praktik satu,dua benda; bahawa untuk ligan semua memang tak dapat, so tak dapat semua, jangan tinggal semua. Betul tak ?

Akan ku cuba untuk buat satu-satu.. Biar jadi tok kura, tua-tua berisi kan ?

Oh ya, apa hendak ku isi dalam blog ini aa ?

Wait & see  laaa!

Azam tahun baru ne !


PENUTUP


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن جَاءكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَأٍ فَتَبَيَّنُوا أَن تُصِيبُوا قَوْماً بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَى مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ 

Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. ( Al-Hujurat : 6 ) 

Suka untuk aku mengingatkan diri aku dan pembaca sekalian dengan peringatan Allah sepertimana di dalam Al-Quran ini. Moga-moga ia menjadi panduan buat kita dalam menilai sesuatu perkara di zaman yang serba tidak adil (baca : zalim ) ini. Moga-moga ada manfaatnya.

read more

Sunday, December 6, 2009

baru free sket la ne

Sunday, December 6, 2009 |
la ni baru free sket nak layan tenet2 ne.

baru free nak explore Fb td,

blog ne pun baru update semalam, sampai tak tido aku hahah

doa2kan aku istiqamah dalam blog ini ( one more time ~ )


pa pun, apa berita politik terkini ??

opsss..

bukan berita,

cerita aja ...


sekadar mengata di pagi Ahad





read more

Thursday, December 3, 2009

blog-go-blog!

Thursday, December 3, 2009 |



hermmm, orang buat blog, kita nak buat blog jugak..


tu la attitude org kita... gen me-layu~

ni dah masuk kali ke berapa pun tak tahu laa..



read more

Tentang-Aku

My photo
kata salah ! tak kata salah ! dunia-oh-dunia !

MyPersonality

Click to view my Personality Profile page

Arkib

 
Copyright © dunia-oh-dunia ! | Powered by Blogger | Template by Blog Go Blog