Monday, March 8, 2010

Electricty & Magnetism

Monday, March 8, 2010 |



ELEKTRIK & MAGNET

Elektrik ialah istilah am bagi sebilangan jenis fenomena yang terhasil akibat kewujudan dan aliran cas elektrik. Bersama-sama dengan kemagnetan, ia membentuk saling tindak asas yang dikenali sebagai keelektromagnetan. Ia meliputi kebanyakan fenomena fizikal yang biasa dijumpai seperti kilat, medan elektrik dan arus elektrik

Magnet ialah sejenis logam yang juga dikenali dengan nama besi berani. Magnet mempunyai medan magnet dan dapat menarik butir-butir besi lain ke arahnya. Perkataan magnet berasal dari bahasa Greek "magnítis líthos" (μαγνήτης λίθος) yang bererti “batu magnesia"

ASAL-USUL TEORI KLASIK E&M

Ahli sains William Gilbert, dalam karyanya De Magnete pada tahun 1600, mencadangkan bahawa elektrik dan magnetisme merupakan dua fenomena yang berbeza walaupun kedua-dua ini berupaya menarik dan menolak objek-objek. Pelaut-pelaut perasan bahawa kilat berupaya mengganggu jarum kompas, tetapi perkaitan antara kilat dengan elektrik tidaklah disahkan sehingga uji kaji yang dicadangkan oleh Benjamin Franklin pada tahun 1752.

Salah seorang pertama yang menemui dan menerbitkan perkaitan antara arus elektrik buatan dan magnetisme ialah Romagnosi. Pada tahun 1802, beliau mendapati bahawa sebatang jarum kompas yang berhampiran akan memesong jika cerucuk voltan disambung dengan wayar. Bagaimanapun, kesan ini tidak diketahui secara meluas sehingga tahun 1820, ketika Hans Christian Orsted melaksanakan uji kaji yang serupa.

Teori elektromagnetisme yang tepat, dikenali sebagai elektromagnetisme klasik, diperkembangkan oleh pelbagai ahli fizik pada sepanjang abad ke-19, dan memuncak ketika James Clerk Maxwell menyatukan kesemua perkembangan dahulu menjadi sebuah teori yang tunggal, dan menemui sifat elektromagnet untuk cahaya. Dalam bidang elektromagnetisme klasik, medan elektromagnet mematuhi satu set persamaan yang dikenali sebagai persamaan Maxwell, dengan daya elektromagnetnya dibekalkan oleh hukum daya Lorentz.

Dalam lagi sebuah karya yang diterbitkan oleh Einstein pada tahun yang 1905, beliau menghapuskan asas elektromagnetisme klasik dengan teori kesan fotoelektriknya. Teori itu menganjurkan bahawa cahaya wujud dalam bentuk zarah diskret yang kemudian dikenali sebagai foton. Disebabkan teori ini, Einstein dianugerahkan dengan Hadiah Nobel untuk Fizik pada tahun 1921.

Teori-teori Planck dan Einstein merupakan pendahulu untuk mekanik kuantum yang ketika dirumuskan pada tahun 1925, memerlukan rekaan teori kuantum untuk kelektromagnetan. Teori ini yang disiapkan pada dekad 1940-an dikenali sebagai elektrodinamik kuantum (atau "QED"), dan merupakan salah satu teori yang paling tepat dalam bidang fizik.



APLIKASI E&M

- Motor eletrik dan generator: Motor eletrik (seperti mana pembesar suara) bergantung kepada gabungan eletromagnet dan magnet kekal, dan sepertimana pembesar suara, menukar tenaga eletrik kepada tenaga mekanikal. Generator bertindak menyongsang: Ia menukar tenaga mekanikal kepada tenaga eletrik

- Pembesar suara dan mikrophon: Pembesar suara sebenarnya adalah gabungan magnet kekal dan elektromagnet. Pembesar suara pada asasnya peranti yang menukar tenaga eletrik (isyarat) kepada tenaga mekanikal (bunyi). Elektromagnet membawa isyarat, yang menghasilkan perubahan medan megnet dan menarik medan yang terdapat pada magnet kekal. Pergerakan penarikan dan penolakan menggerakkan kon, yang menghasilkan bunyi. Kebanyakan pembesar suara bergantung kepad teknologi ini, tetapi terdapat juga yang menggunakan konsep yang berlainan. Mikrophon piawaian berasaskan kepada konsep yang sama, tetapi menyongsang. Mikrophon mempunyai kon atau selaput yang terlekat kepada gelongan wayar. Gelung itu terletak dalam megnet berbentuk khas. Apabila bunyi mengegarkan selaput, gelung itu turut bergetar dan menghasilkan voltage apabila ia melalui medan magnet (lihat hukum Lenz ). Voltage dalam wayar ini sekarang adalah isyarat eletrik yang mewakili bunyi asal.
- Media rakaman magnetik: Tape VHS biasa sebenarnya mengandungi golongan tape bermagnet. Maklumat yang menghasilkan video dan bunyi dikodkan pada lapisan bermagnet pada tape. Ini merupakan sebab magnet akan memusnahkan maklumat dalam tape jenis ini. Keset audio kompak juga bergantung kepada tape bermagnet.

sumber : WIKIPEDIA


Related Posts




Tentang-Aku

My photo
kata salah ! tak kata salah ! dunia-oh-dunia !

MyPersonality

Click to view my Personality Profile page

Arkib

 
Copyright © dunia-oh-dunia ! | Powered by Blogger | Template by Blog Go Blog