Monday, March 8, 2010

Raikan Mad’u

Monday, March 8, 2010 |
Itu temaku arini.. Sebabnya mudah. Berapa teruk kita cari mad'u, kasi program, kasi brainwash, kasi brainstorm… tp last2, lepas gitu jer.. biar gitu jer.. dan lebih teruk, wat tak tau jer.. mau mad'u tu tak kecik hati, nak jauh dari kita.. lari dari dakwah kita…

Kisahnya camni..

Tadi aku ada lepak dengan sorang member nie… member aku yang sorang lagi laa buka story, tanya camna, still ada contact lg ka dgn naqib dia dulu tu.. kawan aku yang pertama tu jawab, dia dah 'bersara' dah.. kawan aku yang 2nd pun tanya balik apasal.. dipendekkan cerita yg 1st jwb laa, orang bila dok pimpinan atas ni, sibuk, ada hal masing-masing dah.. nak ajak berborak pun tak boleh lama.. so, kawan aku yg 1st td pun kata, baik dia yg 'undur diri'..

 
Hermm.. itu yg aku maksudkan..

 
RAIKAN MAD'U!
Sedangkan mad'u tu sebenarnya aku lihat ada potensi sebenarnya untuk buat gerak kerja ni (walaupun kurang minat jamaah nie) tapi disebabkan kita yg take-for-granted, so gugurlah lagi seorang mad'u.. OK, tak nak commit gerak kerja ni satu hal. Tapi sebenarnya dia ada satu kelebihan & kemahiran berbanding yang lain.. Guna pakailah kelebihan dia.. Eh, nabi SAW dulu pun penunjuk jalan ke Madinah dulu orang kafir tau! Lu sapa, hebat dari nabi ??

Ntah laa..

 
SYOK SENDIRI
Kadang-kadang ku pikir kita ni syok sendiri jerk.. apa yang kita juangkan ?? Sahabat/h depan mata, tak nak dakwah, tak nak jaga, yang kita pi pulun tarik yang jauh-jauh.. tak ker bengong tu?? Kononnya nak melebarkan pengaruh laa tu.. Tapi sebenarnya sedar tak sedar, kita sendiri menimbulkan fitnah buat jamaah!

 
KESIMPULAN
Di akhir sembang-sembang kami tadi, ada aku dengar, dia cam mengeluh laa.. La ni dia just join program kolej dia… Istilah dia, "maksiat.." tapi nak buat camna, apa yang dia minat, orang buat tak heran.. Dia pun nak berorganisasi jugak.. Rasa boring juga sorang2 nie.. Fitrah beb! Manusia mana boleh idup sorang2.. Dan fitrah manusia paling utama adalah dia menggemari kebaikan.. Benda tu kita tak dapat tolak. Serius! Mat ganja pun nak bini tudung labuh beb!

Apapun , di celah-celah sembang kami tadi, member 1st tu cam mengeluh jugak; dia kata geng2 naqib ni mana pandang orang pakai jeans ; nak berkawan geng kopiah jerk… adussss~ terasa beb!
Aku tak nak kata sapa-sapa. Tak nak salahkan dia atau naqib dia.. Yelaa, kawan tu bukan faham pun erti 'berlapang dada' nie.. sebut 'ukhwah' pun terkial-kial.. Apatah lagi nak faham apa yang naqib dia sibuk sampai nak borak kejap pun tak sempat.. Yang si naqib tu plak mungkin sebab BZ saaanngggaaaattttt sampai tak sempat nak raikan sahabat sorang yang baru tercari-cari fitrah (baca : kebaikan) tu…

Tapi yang lebih penting di sini, aku nasihat diri aku dan yang di luar sana, raikan mad'u kita…sebab merekalah cerminan keberkesanan dakwah kita..  eh, ingat buat baik ni boleh buat sorang-sorang kaa? Tamaknya ko!!

 
Sekadar gambar hiasan


Related Posts




Tentang-Aku

My photo
kata salah ! tak kata salah ! dunia-oh-dunia !

MyPersonality

Click to view my Personality Profile page

Arkib

 
Copyright © dunia-oh-dunia ! | Powered by Blogger | Template by Blog Go Blog