Sunday, March 7, 2010

Ayyam min hayyati - Zainab al-Ghazali

Sunday, March 7, 2010 |



Entah tak tau kenapa ati aku terdetik nak singgah kedai buku arini.. dijadikan jodoh, aku terjumpa lak dengan buku di atas tu; Hari-Hari Dalam Hidupku karangan Zainab al-Ghazali al-Jubaili..

La ni pun aku dok membacanya lagi, tak habis-habis lagi..Antara sebab yg ku kata besh, sebab gaya penceritaan yang baik. Standard org perempuan laa, kalau bab mengarang truth story nie, gaya cerita dia memang real laa.. that why laa orang laki kureng sket karang novel hihi



Sedikit latarbelakang mujahidah ini; Zainab Al-Ghazali al-Jubaili (2 Januari 1917 – 8 Ogos 2005)  merupakan pengasas dan ketua Jamaa'at al-Sayyidaat al-Muslimaat yang kemudian bergabung bersama Ikhwanul Muslimin di mesir ketika zaman pemerintahan Jamal Abdul Nasser. Jamal amat memusuhi Zainab dengan merancang kemalangan ke atas beliau. Dipendekkan kalam, Zainab ditangkap dan diseksa dengan seksaan tentera lelaki dengan pelbagai seksaan yang dasyat.. 

Malah pernah terkeluar dari mulut tentera yang menjalan seksaan ke atas Zainab bahawa, "Atas perintah Jamal Abdul Nasser, Presiden Republik Mesir, Zainab al-Ghazali al-Jubaili mestilah diseksa seperti seksaan ke atas orang lelaki.." Masyallah... !

Badannya sudah biasa disebat. Tiap kali seksaan itu diterima, Zainab hadapinya dengan tabah sehinggalah dia pengsan lemah. Dikisahkan jua badannya tidak dicederakan walau sedikit tika dihumban ke dalam sel penjara yang penuh dengan anjing-anjing liar. ermmm, macam-macam laa.. tapi aku pun baca tak habis lagi nie.. sesaja posting sket dulu dekat sini heHE Apa pun , begitu tabahnya hati beliau melalui dugaan yang aku rasa aku sebagai lelaki ni pun nak mengharunginya belum tentu aku boleh tahan.. Subhanallah..

Sedikit lagi yang sempat aku explore tentang Zainab al-Ghazali yang pernah sound laki dia camni,


"If that day comes [when] a clash is apparent between your personal interests and economic activities on the one hand, and my Islamic work on the other, and that I find my married life is standing in the way of Da'wah and the establishment of an Islamic state, then, each of us should go our own way. I cannot ask you today to share with me this struggle, but it is my right on you not to stop me from jihad in the way of Allah. Moreover, you should not ask me about my activities with other Mujahideen, and let trust be full between us. A full trust between a man and a woman, a woman who, at he age of 18, gave her full life to Allah and Da'wah. In the event of any clash between the marriage contract's interest and that of Da'wah, our marriage will end, but Da'wah will always remain rooted in me."

Hualamakk! Lu tengok beb , selamber jer sound laki dia!!

Di akhir hayat, aku ingat lagi pada tahun 2005, waktu aku sem 3 di poli,  pemergiaan diratapi dan jelas membuktikan perjuangan Islam akan kekal selama-lamanya.. Jangan takut, jangan gentar.. LAWAN TETAP LAWAN!

Ermmm, dari buku ni jugak, baru aku tau penting orang-orang yang intima' dlm jamaah ni perlu banyak membaca.. Dari pembacaan macam ni laa kita akan dapat ilmu.. Tak baca buku mana nak tau, nak dapat ilmu.. cakap nak berjuang..?? Ingat senang-senang boleh copy-paste dalam otak ja kaa?


p/s : Sesapa yang nak dapatkan dalam bentuk *.pdf  boleh dapatkan di link ini.. Pohon sebarkan.. tQ!


Related Posts




Tentang-Aku

My photo
kata salah ! tak kata salah ! dunia-oh-dunia !

MyPersonality

Click to view my Personality Profile page

Arkib

 
Copyright © dunia-oh-dunia ! | Powered by Blogger | Template by Blog Go Blog