Sunday, March 7, 2010

Bagaimana Mendapatkan Idea Menulis Blog

Sunday, March 7, 2010 |



Cewahhh !! Macam aku ni blogger profesional lak.. Sekadar perkongsian tentang apa yang aku jumpa waktu surf cari idea tadi.. Aku pun copy-paste jer laa

Faktor paling penting untuk menjadi seorang blogger yang baik dan berjaya ketika menulis blog adalah bagaimana mendapat idea untuk tulisan di blog-nya. Idea untuk tulisan di blog tidak hanya harus idea yang bagus, tetapi harus original. Apabila seorang blogger mampu mendapatkan idea yang bagus dan original untuk tulisan di blog, maka kemungkinan untuk mendapatkan trafik terbuka lebar.

Banyak blogger beranggapan bahawa menjadikan idea menjadi tulisan di blog memerlukan lebih banyak waktu di banding mendapat idea untuk tulisan tersebut. Tetapi harus diingatkan kadang-kadang terjadi adalah di sebaliknya, ada blogger yang sukar untuk menemui idea yang bagus untuk tulisan di blog dan memerlukan waktu yang lama untuk menemui idea tersebut, tetapi dengan mudah mencoretkannya di atas blog setelah ketemu idea tersebut. Ini biasa terjadi kepada blogger senior.

Berikut ini beberapa cara yang boleh kita gunakan untuk mendapat idea untuk tulisan di blog :

  • Mendapat idea dari masalah kita sendiri. Misalnya ketika anda bingung apa yang perlu ditulis di status di Facebook dan Twitter, atau ketika blog mengalami masalah dengan plugin tertentu. Ketika anda berhasil menemukan caranya, anda telah mendapat ide, tuangkanlah hal itu menjadi sebuah tulisan. Tentu akan sangat menarik bagi pembaca dan kemungkinan besar sangat berguna bagi mereka yang mengalami masalah yang sama.


  • Mendapat idea dari masalah orang lain. Ketika seseorang mengungkapkan masalah tentang internet pada anda, atau seorang blogger yang menulis tentang suatu masalah, anda seharusnya tertarik dan berfikir untuk mencari penyelesaiannya jika mampu, dan jika berjaya, anda telah mendapat idea untuk tulisan di blog.


  • Aktif di forum untuk bertukar-tukar pandangan dengan rakan lain. Tetapi anda seharunya bukan hanya sebagai orang yang sering bertanya, sesekali berusahalah memberi solusi terhadap masalah orang lain. Forum adalah gudang idea yang tidak ada habisnya, dengan syarat anda berusaha dan berusaha mencari solusi dari masalah yang dihadapi orang lain di sana.

  • Rajin membaca komentar di blog lain. Ketika berkunjung ke blog lain, blogger umumnya jarang membaca komentar yang sebelumnya sudah ada disana. Sesekali cubalah membaca kerana jarang komentator bertanya kepada pemilik blog tentang suatu masalah, dan itu ertinya peluang anda mendapat idea telah terbuka.
Itulah beberapa cara untuk mendapat idea untuk tulisan di blog, selamat mencoba… Artikel asal dalam bahasa Inggeris boleh didapati di sini .. Sekadar perkongsian.


Related Posts




Tentang-Aku

My photo
kata salah ! tak kata salah ! dunia-oh-dunia !

MyPersonality

Click to view my Personality Profile page

Arkib

 
Copyright © dunia-oh-dunia ! | Powered by Blogger | Template by Blog Go Blog