Tuesday, April 26, 2011

3 Idiots – Cerita Realiti Budak Universiti

Tuesday, April 26, 2011 |
Aku tak pernah dengar pun pasal tajuk cerita bollywood ni, tapi Sabtu lepas masa tengah cari channel Astro yang tayang cerita menarik terjumpa la cerita 3 Idiots ni. Masa tu cerita pun dah hampir setengah jalan.
Memula tengok macam tak menarik, yelah sebab aku tak minat sangat cerita hindustan tapi lama-lama, dah nampak jalan cerita ni. Walaupun penuh dengan lawak dan gelak tawa tapi ada pengisian dan pengajaran dalam cerita ni. 3 Idiots ni menunjukkan kepada dunia kenapa pendidikan berorientasikan praktikal lebih bagus dan kenapa sistem gred itu sesuatu yang perlu dihapuskan. Memang betul bila masuk universiti, pelajar tu mesti nak dapat pointer 4.00. Siapa je yang tak nak pointer bagus..even aku pun nak pointer aku bagus. Kalau pointer rendah mesti malu. Betul kan? Itu sebab dalam otak semua pelajar, pointer bagus itu melambangkan kepandain dan kebijaksanaan seseorang walaupun pada hakikatnya, nak dapat pointer tinggi macam tu, pelajar lebih menghafal dari memahami.
Aku suka satu scene dalam cerita ni bila hero cerita ni, “Racho” disuruh mengajar kat depan. Lepas tu, dia ambil buku then tulis 2 perkataan kat papan hitam (ada lagi universiti yang pakai papan hitam?), minta satu kelas cari apa definisi perkataan tu dalam masa 30 saat. Puas la semua orang belek buku nak cari maksud perkataan tu, padahal perkataan tu tak wujud pun dalam kamus atau mana-mana buku. Ada betulnya scene tu sebab aku rasa, masa belajar dulu, aku pun macam ni jugak. Book oriented study. Kalau bagi definisi, mesti akan cuba ikut sebijik sama macam definisi dalam buku padahal kalau betul-betul faham, senang je nak ingat. =(
Cerita ni cuba nak suruh penontonnya buka minda. Belajar tu bukan untuk mengejar kedudukan pertama atau gred tinggi dalam kelas atau kuliah, tapi lebih kepada untuk seronok. Belajar bukan bermaksud mesti tertekan. Pilih kursus kat universiti berdasarkan apa yang sendiri minat, bukan kerana terpaksa atau sekadar nak ikut kawan-kawan sebab nanti mesti akan ada rasa kecewa dan menyesal. Masa tu kalau nak patah balik pun mungkin dah susah tapi tak mustahil.
Bila dah masuk alam pekerjaan ni, baru la aku nampak apa silap dan kekurangan masa belajar kat universiti dulu. Walaupun masa belajar dulu dapat A untuk sesuatu subjek tu, tak bermaksud senang dapat kerja. CGPA tinggi pun bukan bermaksud senang nak dapat kerja. Industri memandang soft skill itu lebih penting dari pointer di universiti. Betul kalau pointer tinggi tu senang nak dipanggil untuk interview, tapi bukan bermakna boleh dapat kerja tu. Kalau ada pelajar-pelajar universiti yang baca entri ni, aku nasihatkan tingkatkan la skill komunikasi korang. Kalau tak pandai sangat speaking in english pun, sekurang-kurangnya boleh bertutur pun dah kira ok walaupun ayat sikit berterabur (aku pun bukan la pandai sangat speaking). Boleh cakap, ada pengalaman, skill hebat, insyaALLAH senang dapat kerja. :D


Related Posts




Tentang-Aku

My photo
kata salah ! tak kata salah ! dunia-oh-dunia !

MyPersonality

Click to view my Personality Profile page

Arkib

 
Copyright © dunia-oh-dunia ! | Powered by Blogger | Template by Blog Go Blog