Friday, February 19, 2010

Betul ker susah ??

Friday, February 19, 2010 |


Isu ni bukan dah lapuk, ada jerk.. And kebetulan ia jadi topik kami sembang masa tunggu nak berbuka puasa kelmarin, so dekat sini ku nak wat la untuk posting ku hari ni.

Isunya, peminta sedekah. Bukannya kita ni berkira, tapi kalau dah menimbulkan syak wasangka, aku rasa dekat sini perlu kita check balik kepada kenapa kita perlu beri sedekah dekat pak cik-mak cik, adik-adik dan kadang-kadang ada bertaraf abang-abang.. (tak teruk mana pun nampak , nampak sihat saja boleh keja tu..? )

Ringkas ceritanya begini. Kawanku, Appleboy (haha) ada cerita masa dia solat di sebuah masjid, ada la mak cik sorang tu, cerita-cerita masalah dia (standard MO ler..) Dengar cerita dia nak pi rumah anak dia di sebuah negeri tu..  Di pendekkan cerita, kawan ku ni sebab kesian ( Pemicu Negatif - Stuart Tan, 2009 ) pun buka wallet, dan sorry to say, hulur RM 50 sebab tu laa duit terkecil dan terbesar dia ada.. huhu~

Seorang lagi kawan mengumpat ku, ada cerita dia 'terkena' bila suatu hari dia terjumpa seorang foreigner  "yang memang nampak susah laa..." Selidik punya selidik, dia kata beg pakaian dan wallet dia semua kena curi. Foreigner tu siap tunjuk fotostat tiket flight lagi dua hari lagi.. Kawan aku pun hulur jugak dalam RM20 sebab kesian kan (sekali lagi Pemicu Negatif ).. dan yang jadi ceritanya, sebulan dua lepas tu, kawan mengumpat ku ni terjumpa sekali lagi foreigner dengan MO yang sama ; nangis2, tunjuk fotostat flight ticket tu.. Mau tak baran kawan ku tu...

ermmm, ada lagi kisahnya, tapi dah terlupa.. Manusia kan .. ? ( common excuse ~ )

Tapi kami akhirnya sedar, dalam semua kisah yang kami bualkan, seolah-olah perkara ni tak ada hujungnya. Banyak juga kita dengar tentang sindiket yang memperalatkan adik-adik kecil, dan tak kurang juga mungkin (mungkin jer..tak nak tanggung dosa fitnah nanti.. ) kisah mak cik & foreigner tu adalah termasuk dalam perkara yang dibuat-buat walaupun bukan dalam kategori sindiket. Aih , Malaysia ni kan makmur sejahtera.. Kalau tak, mat bangla & indon tak jadi orang kaya laa bila balik ke sana lepas habis kontrak keja dekat Malaysia ni. Orang Melayu aja mangkuk tak sudah, nak hasad dengki

Kisah sekadar perkongsian.

p/s : Lupa nak bagitahu, lepas kami berbuka, kami pi solat dekat surau terdekat kami berbuka tu... & kawanku, si Appleboy tu kata dia terserempak mak cik dalam kisah tu bersembang dengan orang surau waktu ku amik wudhu.. No comment.


Related Posts



Tentang-Aku

My photo
kata salah ! tak kata salah ! dunia-oh-dunia !

MyPersonality

Click to view my Personality Profile page

Arkib

 
Copyright © dunia-oh-dunia ! | Powered by Blogger | Template by Blog Go Blog