Monday, April 27, 2009

Sama laa maknanya tu, Datuk!

Monday, April 27, 2009 |

Pelantikan Pengerusi Baru Terajui Umno Bukan Tidak Percaya Kepimpinan Negeri

PUTRAJAYA, 25 April (Bernama) — Keputusan melantik barisan kepimpinan tertinggi Umno sebagai Pengerusi Badan Perhubungan parti itu di lima negeri, tidak harus dianggap sebagai petanda parti tidak memberi kepercayaan kepada kepimpinan negeri.
Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata ia bertujuan memberi perubahan lebih positif kepada negeri berkenaan iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan, Kedah, Terengganu dan Pulau Pinang.

“Ini bukan soal tidak percaya terhadap kepimpinan negeri tetapi ini lebih untuk memberi input dan perubahan kepada negeri berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program pelancongan komuniti Putrajaya di Presint 9 di sini hari ini.

Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengumumkan beliau akan mengetuai Badan Perhubungan Umno Selangor dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin pula memimpin Umno Wilayah Persekutuan.

Sementara tiga Naib Presiden Umno iaitu Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bertanggungjawab memimpin Umno Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengambil alih teraju Umno Pulau Pinang sementara Umno Kedah akan dikemudi Datuk Seri Shafie Apdal.

Tengku Adnan yang juga Ketua Bahagian Putrajaya turut menyambut baik pelantikan Muhyiddin yang pada pendapatnya dapat memberikan impak besar kepada politik di kawasan itu seterusnya kesannya akan melimpah ke negeri lain.

“Kita kena jaga (Wilayah Persekutuan), kita perlu memahami keperluan pengundi muda dan pengundi tradisional di kawasan ini,” katanya.

Mengulas pelantikan beberapa pemimpin yang kalah atau tidak bertanding dalam pemilihan parti bulan lepas sebagai Anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno, beliau berkata ini kerana parti masih memerlukan khidmat dan sumbangan mereka.

“Walaupun mereka kalah atau tidak bertanding, tetapi mereka semua masih dapat memberi sumbangan kepada parti. Barisan yang diumumkan Presiden merupakan barisan yang mantap dan diyakini dapat memulihkan keyakinan rakyat kepada Umno,” katanya.
– BERNAMA

Tkg-karut said
Cuba paham btoi2, org melayu ni kan suka b'kias.. Cakap direct, kang terasa lak


Related Posts




Tentang-Aku

My photo
kata salah ! tak kata salah ! dunia-oh-dunia !

MyPersonality

Click to view my Personality Profile page

Arkib

 
Copyright © dunia-oh-dunia ! | Powered by Blogger | Template by Blog Go Blog