Tuesday, February 9, 2010

Kenapa perlu ada usrah ?

Tuesday, February 9, 2010 |

Rukun Usrah

Kita semua pernah berusrah dan rasanya kita sudah acapkali mendengar rukun usrah ;

Masih ingat lagi??:

1.TAARUF-Mengenali antara satu sama lain
2.AL TAFAHUM- Memahami sesama ahli
3.AL TAKAFUL- Bekerjasama,bantu membantu antara satu sama lain

Adakah kita sudah berjaya aplikasikannya hari ini , sesudah kita memiliki keluarga sendiri ?



Kenapa kita perlu ada usrah ?

Kadang-kadang terfikir jugak, Kenapa sebenarnya kita perlu ada usrah ek??

Dulu, ramai aja senior2 yang approach datang mengajak untuk join usrah..Ntahpapalah kan ?



Kini, sesudah kita menyedari akan nikmat berusrah ini, maka kita perlu menanakan satu sikap bahawa usrah itu amat penting dalam kehidupan kita.

Kita perlu menanam sikap bahawa kita perlu join usrah setiap minggu dan memberi komitmen sepenuhnya terhadap usrah tidak kira di mana kita berada hari ini.

Maka, seharusnya jadual kehidupan kita perlu diatur mengikut jadual usrah,bukan usrah yang perlu mengikut jadual kehidupan kita...

Soalannya, apa sebab kita perlu berusrah??


haaa...

kerana di dalam usrah itulah tempat penyuburan, pembinaan iman kita...

kerana usrah itu tempat untuk kita mendengar lantunan ayat al-quran, tadabbur & tazkirah dimana disitulah pembaikan diri atau islah an-nafs berlaku..ini sesuai dengan surah 51:56..

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ
Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.

Justeru, apabila kita sudah tahu usrah itu adalah tempat pembinaan iman & perubahan diri untuk menjadi manusia lebih baik, kita perlu sedar inilah aktiviti yang paling utama yang perlu kita beri komitmen penuh kepadanya berbanding aktiviti lain seperti makan,bersukan,melukis.menonton tv sebab tidak ada aktiviti yang lebih utama berbanding aktiviti pembinaan iman..

Pembinaan iman adalah lebih penting dari hobi yang kita sukai...

Pembinaan iman adalah lebih penting dari menonton tv, pembinaan iman adalah lebih penting dari bersukan..

(bukan tolak bersukan; kita raikannya jugak tau! Cuma berpada-pada...)

Sebab..yang akan menentukan ukuran keredhaan Allah & layaknya kita ke syurga-Nya ialah ketakwaan kita kepada-Nya,buah dari keimanan kita...

Bukannya hobi kita,bukannya skil mantap kita dalam bermain bola sepak,bukannya terrornya kita mencari duit dalam berniaga, bukannya berapa lama masa kita habiskan tengok tv.... bukan ini semua...

Maka, apabila kita sedar bahawa bukan ini semua yang menjadikan Allah redha kepada kita & hanya ketakwaan sahaja yang menjadi penilaian-Nya, kita tak kan terus-terusan beralasan untuk tidak terlibat dengan aktiviti usrah dan aktiviti-aktiviti pembinaan iman yang lain di samping usrah seperti rehlah,seminar, program qiamullail...dan sebagainya...

Kita berkomitmen kepada usrah disebabkan kita FAHAM bahawa hanya dengan aktiviti pembinaan iman sahaja jalannya untuk mencapai redha Allah..bukannya leka beraktiviti makan,bersukan, menonton tv yang telah disebutkan tadi...

Barulah dengan PEMAHAMAN ini,kita merasa senang dengan usrah dan aktiviti keislaman...Tidak beralasan untuk tidak hadir aktiviti2 keislaman...Berjuang untuk agama Allah ini, rela mengorbankan masa,tenaga,harta & diri hanya untukNya...


Dan paling penting bukan seperti orang-orang munafik yang hanya berbuat aktiviti keislaman untuk keuntungan diri . Hendak melakukan aktviti yang mendatangkan manfaat untuk dirinya..yang merugikan dirinya, maka dia tak akan membuat aktiviti tersebut..



wallahua'lam


Related Posts




Tentang-Aku

My photo
kata salah ! tak kata salah ! dunia-oh-dunia !

MyPersonality

Click to view my Personality Profile page

Arkib

 
Copyright © dunia-oh-dunia ! | Powered by Blogger | Template by Blog Go Blog