Sunday, September 20, 2009

Fwd : Layak kah ............ beraya???

Sunday, September 20, 2009 |
Posted http://arisawang.blogspot.com/






Aku tidak tahu samada kamu semua layak beraya pada 1 Syawal besok....


Bagi diri ku sendiri sejak dari baligh sehingga sekarang aku tetap merasakan bahawa aku tidak layak untuk beraya....


Nak raya apa?


Nak Raya I Syawal, kerana aku berpuasa sebulan dibulan Ramadhan?

Mungkin puasa aku hanya memperolehi lapar dan dahaga???


Nak raya apa?

Nak Raya I Syawal, kerana aku banyak melakukan solat sunat Ramadhan (Terawikh)?

Mungkin solat ku itu penuh dengan riak dan akan dicampak oleh Tuhanku kembali tersepuk kemukaku di akhirat nanti???


Nak raya apa?Nak Raya I Syawal, kerana aku banyak beriktikaf dan berqiamullail di 10 terakhir Ramadhan?Mungkin qiamulail dan iktikaf aku itu hanya memperolehi mengantuk mata disiangnya dan letih untuk bekerja, ganjarannya kosong kerana kelalaian???


Nak raya apa?Nak Raya I Syawal, kerana negeri aku telah diperintah oleh jamaah yang aku sertai dan dokongi?Mungkin aku hanya menang pada nama, tetapi aku tidak menang untuk benar-benar mensuci Allah, mensyukuri Allah, membesarkan Allah dan benar-benar mengaku bahawa tiada tuhan melainkan Allah dalam negeri ku ini........ adakah aku tidak lagi menjadikan manusia sebagai sembahan, atau aku masih menyembah sesama manusia???


Nak raya apa?Nak Raya I Syawal, kerana aku telah banyak berinfak?Mungkin aku hanya mengumpul sumbangan orang dan selepas itu tolong beri sumbangan itu untuk mendapat glamour, atau memang ia duit poket ku sendiri tetapi telah tersimpang jauh dari tujuan untuk mensucikan Mu ya Allah???


Nak raya apa?Nak Raya I Syawal, kerana aku telah banyak membaca ayat suci Al-Quran?Mungkin ayat-ayat yang telah kubacakan itu, sedang melaknatku ya Allah???


Nak raya apa?Nak Raya I Syawal, kerana orang lain semua raya?Mungkin orang semua raya, kerana mereka telah layak untuk raya, tetapi kamu Aris kamu masih belum layak untuk beraya.Usahakanlah, mungkin tahun depan jika beri umur yang panjang, maka kamu akan layak untuk beraya.Baitul Maqdis di bebaskan, maka aku akan puas untuk beraya???


Sistem ciptaan Tuhan semesta Alam kembali didaulatkan dibumi ini, maka aku puas untuk beraya?Jika sekadar melaksanakan amalan peribadi, yang belum tentu diterima Tuhan pencipta Alam di hari Perhitungan Kelak, diketika tangan bercakap, kaki bercakap, kulit berkata-kata dan mulut dikunci, melalui titian sirat yang di bawahnya nyalaan neraka yang akan menyambar bila-bila masa maka aku tidak layak untuk meraya I Syawal ini.


Aku masih belum layak.........Walaupun begitu aku ucapkan juga "Selamat Menyambut Pengembalian kepada Fitrah manusia, dari menjadi manusia separa malaikat dalam bulan Ramadhan, kepada manusia bertaqwa dalam bulan seterusnya, yang paling penting pastikan diri tidak menjadi manusia binatang"


Aku masih belum layak beraya..........Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar,Walilah hilhamd.Tuhanku aku masih belum benar-benar membesarkan Mu....Ampunkan dosaku Tuhanku...............Ramadhan Mu yang penuh ganjaran telah pergi...... sedangkan aku masih terlalai dan terlupa.


Aku hanya masih berharap semoga beroleh taqwa............ tetapi aku masih belum berusaha sedaya mungkin untuk menympurnakan ketaqwaanku pada Mu ya Allah.Aku hanya berpura-pura raya............ yang tidak selayaknya aku beraya.



Related Posts




Tentang-Aku

My photo
kata salah ! tak kata salah ! dunia-oh-dunia !

MyPersonality

Click to view my Personality Profile page

Arkib

 
Copyright © dunia-oh-dunia ! | Powered by Blogger | Template by Blog Go Blog